Sedutan trailer episod enam Projek: Anchor SPM telah memberi banyak gambaran apakah yang bakal disaksikan penonton esok.

Kali ini, karakter Hilmi lakonan Nadhir Nasar mungkin menjadi watak utama yang bakal ditonjolkan dalam drama premium terbitan Astro Originals ini.

Apa yang pasti, ia bukanlah episod yang baik untuk Hilmi kerana menerusi beberapa babak trailer itu, watak berkenaan berdepan dengan pelbagai konflik.

Selain cintanya ditolak Aaida lakonan Daiyan Trisha, Hlimi juga seakan tidak disukai rakannya yang lain.

Malah, terdapat juga babak di mana Hilmi bergaduh dengan Aizat lakonan Aedy Ashraf.

Persoalannya, adakah berakhir sebuah persahabatan yang terjalin?

Adakah perancangan untuk meniru juga akan berakhir dalam Projek: Anchor SPM?

Persoalannya itu hanya mampu dijawab menerusi tayangan drama tersebut jam 9 malam esok.

Sebagai alternatif, anda juga boleh tonton Projek: Anchor SPM platform Astro GO atau On Demand.

Sekadar info, Projek: Anchor SPM mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.

Isu mula tercetus apabila Aizat lakonan Aedy Ashraf terdesak cuba mencari jalan mendapatkan keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM.

Aizat akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa (Daiyan Trisha), dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan- rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.

Drama ini turut dilakonkan oleh Nadhir Nasar (Hilmi), Chubb-E (Botol), Shasha Abedul (Jaja) serta nama-nama besar dalam industri seni tempatan seperti Adlin Aman Ramlie, Hasnul Rahmat Tony Eusoff dan Susan Lankester.