,
Suudu

Adakah Makanan Di Family Mart Benar-Benar Halal? Ini Penjelasannya!

Hanafis Haris
09/10/2018
08:55 MYT
Jika dulu agak susah untuk mendapatkan barangan atau koleksi makanan Family Mart kerana cawangannya agak terhad. Kini mereka sudah memiliki kira-kira 40 cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Sebut tentang makanan, paling terliur pastinya aiskrim lembut mereka. Baik vanilla ataupun perisa ‘killer’ mereka matcha! Tidak ketinggalan menu oden mereka.
Bukan itu saja, malah banyak lagi menu daripada Jepun telah dibawa oleh Family Mart.
Namun persoalan berhubung status halal pada menu makanan yang dijual tiba-tiba muncul apabila terdapat netizen yang mengutarakan soalan terbabit di Facebook rasmi Family Mart.
So halal ke guys? Ini jawapan daripada Family Mart.
Menurut Family Mart, kesemua barangan termasuk perkhidmatan makanan dan ready-to-eat diperbuat secara eksklusif daripada bahan halal. Malah proses permohonan Halal daripada JAKIM juga sedang dijalankan.
Buat masa ini, produk yang dijual di kedai sudah pun disahkan halal dan telah membawa logo halal pada pembungkusannya.
Bagi produk yang diimport, kami (Family mart) telah membuat pemeriksaan terhadap produk untuk memastikan tiada ramuan haram.
So guys, jika ada keraguan anda semua dinasihatkan supaya membaca ramuan barangan terlebih dahulu supaya pembelian dibuat tanpa was-was!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Hiburan

Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berjodoh - “Kalau Ditakdirkan Mereka Bersatu Kembali…”

gempak
16/09/2024
02:22 MYT
Pengarah Datuk Yusof Haslam menyatakan dirinya tidak menolak sekiranya Syamsul Yusof kembali berjodohan dengan Puteri Sarah.
Viral

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

gempak
15/09/2024
20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.
Viral

Bulu Masih Di Bibir, Wanita Makan Kucing Hidup-Hidup

gempak
15/09/2024
18:39 MYT
Seorang wanita ditahan dengan helaian bulu kucing berada pada bibir dan darah di tangannya, di sebuah kawasan perumahan di Canton, Ohio, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.