Hiburan

Adakah Orang Sabah, Bintang The Chosen One Yang Kami Cari?

Mya Amri
04/07/2024
09:34 MYT
Program nyanyian, The Chosen One kini kembali untuk musim kedua dan buat pertama kalinya, pencarian bakat muda terunggul ini akan mengadakan ujibakat terbuka bermula di Kota Kinabalu, Sabah hujung minggu ini.

Penyanyi popular bakal jadi juri

The Chosen One merupakan sebuah program nyanyian realiti yang mengandingkan bakat-bakat baharu dengan penyanyi-penyanyi popular tanah air yang bakal menggalas tugas sebagai jurulatih peserta-peserta terpilih.

Terbuka kepada kanak-kanak dan remaja berusia 7 sehingga 17 tahun. sesi ujibakat di Sabah akan berlangsung di Hotel Shangri-La, Kota Kinabalu pada 6 dan 7 Julai bermula jam 9 pagi.

Bagi mereka yang berada di semenanjung, satu lagi sesi ujibakat The Chosen One akan diadakan minggu hadapan di Aeon Shah Alam, 13 & 14 Julai. Berikut merupakan senarai lagu wajib untuk para peserta lelaki dan perempuan.
Untuk rekod, adik Amir Sisi telah dinobatkan sebagai pemenang The Chosen One musim pertama bersama jurulatihnya, Putera Muhammad dan membawa pulang wang tunai RM 30,000.
The Chosen One musim pertama turut menampilkan penyanyi-penyanyi hebat yang lain seperti Aisha Retno, Hazama, Shiha Zikir dan Wani Kayrie.
Adakah anda bintang yang kami cari? Siapakah barisan mentor musim kedua kali ini?
Ikuti perkembangan terkini The Chosen One hanya di Gempak
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Budak Perempuan Cedera Tangan Tersepit Eskalator

gempak
06/07/2024
04:57 MYT
Seorang kanak-kanak cedera tangan kanan selepas tersepit pada tangga eskalator yang bergerak dalam kejadian di sebuah pasar raya di Likas, di sini pada Jumaat.
Hiburan

Wanita Mirip Nonny Nadirah Kongsi Video Botakkan Kepala, Tulis Kata-Kata Tentang 'Friend Zone'

gempak
03/07/2024
20:55 MYT
Selepas sekian lama mendiamkan diri, akaun Instagram milik penyanyi dan pelakon Nonny Nadirah kembali 'hidup'.
Viral

Monica Ting Siew Kwong Sempat Hantar Makanan Bantu Mangsa Banjir Penampang

gempak
02/07/2024
03:17 MYT
Wanita yang menjadi korban pertama dalam bencana banjir di negeri ini disifatkan seorang yang berhati mulia kerana sempat berkhidmat kepada masyarakat yang terjejas di Penampang.
Berita

Hujan Lebat Berterusan, Banjir Kini Landa Kota Kinabalu

gempak
01/07/2024
01:55 MYT
Hujan lebat berterusan di daerah Kota Kinabalu sejak petang Ahad menyebabkan beberapa buah kawasan, kampung dan jalan-jalan utama dinaiki air.
Berita

Pendaki Alami Sejuk Melampau Di Gunung Kinabalu, Diusung 8.5KM Untuk Rawatan

gempak
25/06/2024
04:22 MYT
Seorang pendaki Gunung Kinabalu yang mengalami gejala kesejukan melampau terpaksa diusung sejauh 8.5 kilometer ke Pondok Timpohon, Kundasang bagi mendapatkan rawatan