Hiburan

"Adakah Saya Akan Terus Hidup?" - Anak Dijangkiti Influenza A, Farah Asyikin Kongsi Momen Air Mata

gempak
Amri Hassan
22/11/2018
02:35 MYT
Sponsor Banner
"Adakah Saya Akan Terus Hidup?" - Anak Dijangkiti Influenza A, Farah Asyikin Kongsi Momen Air Mata
Bintang Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2), Farah Asyikin berkongsi momen menyentuh hati ketika sedang menjaga anaknya, Ebrahim Owais yang kini sedang sakit di hospital.
Kata Farah, Owais, 4, berdepan kesukaran untuk bernafas disebabkan masalah paru-paru yang dihadapinya sebelum ini.
"Dia tanya saya, 'adakah saya akan terus hidup?', terkejut dengan soalan ini, hati saya remuk.
"Saya terus berbaring di sebelahnya, tak sempat nak lari menangis. Sebak, saya berkata padanya 'jangan cakap begitu, kamu akan okey, kamu akan hidup dan buat bermacam-macam perkara hebat dalam hidup'.
"Kemudian dia pegang tangan saya dan minta saya jangan menangis lagi.
"Adoilah, memang emotional lagi. Kadang-kadang dia terus bertanya apa yang tak kena dengan dirinya.
"Saya sebagai seorang ibu apabila anak bertanyakan soalan dramatik begini, pasti akan beremosi. Itu semua soalan merobek jiwa okey," tulisnya di Instagram.
Menerusi kemas kini terbaharu, Owais disahkan doktor telah dijangkiti Influenza A selepas tiga kali menjalani sesi diagnosis.
"Alhamdulillah, selepas tiga kali ujian, Owais disahkan dijangkiti Influenza A.
"Kenapa Alhamdulillah? Sebab ianya boleh disembuhkan walaupun ia sangat berisiko tinggi untuk berjangkit.
"Owais menghidap bronkitis dan pneumonia sebelum ini, saya sangat bimbangkan kesihatan paru-parunya.
"Apabila keputusan keluar semalam, saya sudah boleh tidur lena," tambah Farah.
Anak tunggal Farah itu telah dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan sejak lima hari lalu.
Kami mendoakan agar Owais segera sembuh dan kembali ceria!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024