Seorang wanita yang juga TikTokers popular akui dia tersinggung dengan sesetengah komen pengguna media sosial yang mengkritik rupa parasnya.

Menerusi satu video dimuat naik Nur Fatihah Kamal, dia menjelaskan orang ramai masih menyamakan dirinya dengan pelakon Hanis Zalikha.

Menurutnya, dia tidak kisah jika wajahnya disamakan pelakon tersebut, namun apa yang membuat dia tersinggung ada yang melabelnya sebagai Hanis Zalikhs versi gelap.

“Bukan tak suka orang panggil atau samakan dengan Hanis Zalikha, tapi cara korang cakap tu. Hanis Zalikha versi gelap? Saya kecil hati, saya tahu kulit saya gelap tapi why?

“Muka hang sebiji macam Hanis Zalikha tapi if hang putih mesti lagi lawa. Adakah saya tak lawa?,” katanya.

Jelasnya, komen berbaur penghinaan itu tidak terhenti di situ apabila saiz tubuh badannya juga dipersoal.

“Ada juga yang panggil Hanis Zalikha versi gemuk, seriously guys?

“Saya tak gemuk. Kalau nak tahu saya struggle dengan isu berat badan ni sejak umur 17 tahun.

“Ramai kata kalau kurus mesti lawa. Saya dah turun 20kg pun orang still panggil gemuk,” katanya.

Anda boleh lihat video luahan tersebut di bawah.

@tiyakamal

Reply to @candygurl211 thank u ?#fyp #fypシ #tiktokmalaysia #foryourpage

♬ original sound - Tiyakamal

Untuk makluman akaun TikTok milik Nur Fatihah kini mempunyai seramai 61,000 pengikut.