“Adakah Sesiapa Yang Sanggup Meruntuhkan Kebahagian Kami?”- 18 Tahun Berkahwin, Khaty Fauziah Akui Tempuh Pelbagai Cabaran

Syafiqah Jalal
Januari 30, 2020 09:28 MYT
Pelakon veteran Khaty Fauziah, 63, bersyukur perkahwinannya dengan suami bertahan hingga kini yang berusia 18 tahun.
Khaty yang juga ibu kepada pelakon Shaheizy Sam itu sepanjang perkahwinan, mereka tidak lari daripada cabaran berumah tangga namun tetap menempuhinya bersama.
“Di sepanjang perjalanan kami selama hampir 18 tahun hidup bersama, susah senang berdua, makan berdua, berjalan berdua, tapi yang tak bestnya tu bab tidur (gambar yang last sekali) ada je yang menyelit ditengah.
“Pelbagai cabaran yang telah kami lalui, onak, duri,ranjau, pahit, getir, masam & manis, namun Allah SWT tetap memberkati, merahmati serta merestui jodoh kami hingga ke hari ini Alhamdulillah.
“Adakah sesiapa yang sunggup untuk meruntuhkan kebahagian kami?,” tulisnya.
Khaty berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram milknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto mesra mereka bersama.
Rata-rata pengikut turut mendoakan kebahagiaan mereka supaya jodohnya berpanjangan.
#Kahwin #Kahwin #Suami #Khaty Fauziah