"Adakala Saya Menangis Sebab Benda Remeh Dan ..." - Dr. Amalina Bakri

Amri Hassan
Julai 27, 2018 06:58 MYT
Doktor viral, Dr. Amalina Bakri berkongsi hakikat sebenar bergelar seorang pegawai perubatan yang masih mengikuti latihan surgical di The Royal College of Surgeons di England.
Kata Amalina, dia pernah berdepan tekanan daripada pelbagai aspek terutama berkaitan kerjaya.
"Kadang-kadang saya tanya pada diri sendiri, kenapa saya buat kerjaya ini sedangkan saya boleh melakukan kerja yang lebih glamor dengan kehidupan yang lebih sempurna dan duit yang banyak.
"Adakalanya saya menangis sebab benda remeh di tempat kerja, nyawa pesakit yang gagal diselamatkan dan bersengkang mata tak tidur malam untuk belajar.
"Jadi, jika anda memilih bidang perubatan untuk mengejar status dan duit, saya nasihatkan agar anda mempertimbangkan semula. Ia sebuah perjalanan yang panjang dan tak mudah," kongsi Amalina menerusi Instagramnya.
Amalina turut mendedahkan siri latihan surgical untuk bergelar Consultant Surgeon sangat mencabar daripada segi emosi, fizikal dan mental.
"The long hours, the on call shifts, weekends and nights, clinics, monitoring your juniors, research and postgraduate exams and degrees, PhD.
"The never ending work-based assessments, exams, and so forth. There is no end to gaining knowledge in medicine and surgery, every day is a new learning experience.
"It challenges your patience and virtue, your ability to work under pressure and stressful environment," katanya yang meminati bidang perubatan sejak dari kecil.
Kembara Amalina bermula apabila dinobatkan sebagai pelajar cemerlang SPM 2004 dan memperoleh tajaan Bank Negara Malaysia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di luar negara.
Amalina, 31, merupakan graduan University of Cambridge dan telah meraih pelbagai pengiktirafan di pelbagai universit terkemuka antarabangsa.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @dramalinabakri
#Viral #Viral #Doktor #Dr. Amalina Bakri #London