Adam Corrie Beri Teguran Kepada TikTokers Bukan Islam - “Agama Bukan Untuk Dibuat…”
Asyikin Mayudin
19/04/2023 02:50 MYT
19/04/2023 02:50 MYT
Jom Layan Sekarang!Kecoh mengenai isu seorang TikTokers berbangsa Cina berlaku curang terhadap isterinya dan dikatakan mahu memeluk Islam dengan tujuan hanya mahu meraih pendapatan.
Susulan isu itu, pelakon Adam Corrie Lee menerusi Facebook memohon TikTokers itu atau mana-mana pempengaruh yang bukan Islam untuk memperbetulkan niat dalam perniagaan.
“Saya terbaca kisah seorang TikToker yang belum muslim yang ingin peluk Islam kerana ingin dapatkan sales. Saya tak pasti ia sahih ke tidak. Allah Maha mengetahui-Nya.
“Bagi saya sebagai sebangsa dengan TikToker tersebut. Niat anda sudah tidak betul.
Ingin menggunakan status agama untuk meraih keuntungan.
“Bukan kerana ingin menjalani kehidupan sebagai seorang muslim. Saya sarankan mana-mana TikTokers/influencer bukan muslim untuk tidak menggunakan agama Islam sebagai cara meraih keuntungan dan kepentingan diri sendiri,” katanya.
Menurut Adam, tiada salah sekiranya individu itu mahu memperlajari agama Islam namun perlulah dengan niat yang betul.
“Tak salah, nak belajar kenal Islam tapi hati-hati, betulkan niat anda. Atau Hanya untuk content semata-mata atau sebaliknya. Saya tak tahu. Kita hidup dalam pelbagai kaum dan agama. Kita kena saling hormat menghormati,” ujarnya lagi.
Pada perkongsian yang sama, Adam turut tidak menafikan apabila wujud pasangan yang memeluk Islam hanya kerana mahu berkahwin dan meraih keuntungan.
“Tidak dinafikan ramai juga kes yang saya kendali masuk Islam sebab nak kahwin dan raih keuntungan. Jadi sebagai pasangan mualaf, anda perlu bimbing pasangan anda jika anda rasa tanggungjawab sebagai muslim.
“Bimbing mereka di jalan yang betul. Kalau yang niat nak masuk Islam dan kahwin wanita Islam sebab kepentingan diri, anda tak akan ke mana. Nanti anda akan salah Islam jika tujuan utama peluk Islam nak dapat kekayaan tak tercapai.
“Fikir-fikirkan… agama bukan untuk di buat main-main. Selalunya, sebelum saya syahadahkan seseorang, saya akan tanya ada orang paksa atau tidak. Betulkan niat untuk peluk Islam, niatkan semuanya kerana Allah.
“Jika ada bawa pasangan, pasangan tersebut saya nasihatkan untuk selalu bimbing mereka. Jangan lepas tangan, bawa mereka ke kelas belajar agama. Bimbing dan terus bimbing,” katanya.