Hiburan
Adam Corrie Buka Cerita Kali Terakhir Berambut Panjang - "Tiada Lagi Selepas 2008"
Pelakon Adam Corrie Lee mendedahkan kali terakhir dia menyimpan rambut panjang ketika tahun 2008.
Jelas Adam, dia memotong rambutnya itu selepas mengerjakan ibadan saie dan bertahalul ketika di tanah suci Makkah ketika itu.
"Menjawab pertanyaan bila kali terakhir saya berambut panjang?
"Apabila kita jatuh cinta dengan seseorang. Kita akan usaha untuk mendapatkan cintanya.
"Walaupun tidak pernah jumpa. Apabila ada cerita tentangnya. Perasaan ingin ambil tahu itu sangat tebal.
"Begitu teruk angau rindu saya terhadapnya walaupun tak pernah berjumpa hanya mendengar nama dan cerita mengenainya.
"Saya menaruh harapan untuk berjumpa dengannya untuk mendapat kebenaran dalam hidup iaitu Kekasih Allah.
"Impian hendak jejakkan kaki ke tanah suci dan ziarah Rasulullah SAW sejak sebelum syahadah, tercapai selepas kembali fitrah pada usia Islam saya 8 bulan. Syukur alhamdulillah.
"Niat yg baik itu penting utk memulakan sesuatu.
"Selepas saie, dan bertahalul, tiada lagi rambut panjang sejak tahun 2008," ceritanya menerusi entri di Instagram.
Ketika itu tambah Adam dia masih belum mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Fazima Fuad.
Kisah hijrah Adam itu membuka mata ramai hingga ada yang mengalirkan air mata.
Malah, ramai yang turut mendoakan agar Adam terus istiqamah tidak kira berambut panjang atau pendek.
Must-Watch Video