Laman Utama
Adam Corrie Lee Imbau Kenangan 14 Tahun Memeluk Agama Islam - “Nekad Mahu Cari Kehidupan Yang Lebih Baik”
Pelakon Adam Corrie Lee mengimbau kenangan 14 tahun lalu ketika menerima hidayah untuk memeluk agama Islam.
Menurut Adam atau nama Islamnya Adam Corrie Lee Abdullah, 53, pada tarikh 13 Julai 2007, dia terjaga sekitar jam 3 pagi, bernekad mahu mencari kehidupan yang lebih baik.
Menerusi laman sosial Instagram, Adam berkongsi catatan kenangan tersebut untuk tatapan umum.
“Saya masih ingat lagi pada waktu pagi sekitar 3-4 pagi pada 13/7/2007 iaitu 14 tahun yang lalu. Ketika itu saya belum kembali ke fitrah (belum kembali ke Islam), saya nekad inginkan kehidupan yang lebih baik. Saya telah berdoa pada Allah.
“Ya Allah, sekiranya agama Islam ada pegangan agama aku hingga mati, berikanlah aku petunjuk.
“Saya dapat petunjuk dalam mimpi dan terjaga ketika azan subuh berkemundang. Paginya saya pergi Perkim mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan ustaz Amran Abdullah pada usia saya 39 tahun,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian itu lagi, Adam turut memuat naik foto lamanya ketika namanya cukup sinonim dengan watak gangster di dalan filem KL Gangster.
Tambah Adam lagi, dia memanjatkan rasa bersyukur kepada Allah SWT di atas petunjuk dan hidayah yang diberikan kepadanya.
“Alhamdulillah Allah telah berikan taufik dan hidayah kepada hambaNya yang mencari kebenaran dalam hidupnya.
“Semoga Allah terus kekalkan imah, istiqomah dalam Islam, dalam diri saya dan kita semua. Senyum selalu, selalu bersangka baik, insya-Allah hati tenang,” jelasnya lagi.
Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya memberikan reaksi positif di atas perubahan diri Adam.
“Alhamdulillah, may Allah bless you always my brother,” komen Damian Mikhail.
“Alhamdulillah ini la Dragon pertama dalam dunia yang mempunyai wajah berseri-seri,” puji seorang wargamaya.
“Alhamdulillah, jujur cakap sekarang wajah abang nampak lebih berseri,” ujar seorang wargamaya.
“Alhamdulillah, istiqomah di jalan Allah, hensem bro,” kata seorang wargamaya.
“Bertuah sebab awak grab hidayah itu,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 17,000 tanda suka daripada wargamaya.
Sekadar info, Adam berkahwin dengan Fazima Fuad pada tahun 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Adam Fateh Lee.
Must-Watch Video