Pelakon dan pengarah, Adam Hamid mendedahkan wajah terkininya selepas 20 hari dimasukan ke hospital akibat terkena jangkitan kuman dalam paru-paru.

Menerusi satu entri yang dikemas kini di Instagram (IG), Adam memuat naik foto perbezaan wajahnya dua bulan lalu dengan terkini yang kelihatan amat cengkung dan tak bermaya.

Berikut merupakan foto yang dimuat naik:

Dalam kapsyen entri tersebut Adam memberitahu tubuhnya memang mudah kurus jika tidak makan nasi dan bertambah kurus bila sakit.

Bagaimana pun dia bersyukur kerana sudah kembali pulih meskipun pada mulanya doktor mengesahkan hampir kehilangan nyawa akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Berikut kapsyen yang ditulisnya:

"Dua bulan lepas (kiri) & skrg, rasanya ada dlm 20kg susut, awak memang Jenis badan senang kurus, tak makan nasi dua hari dua kg hilang, Bila kena sakit lagi senang kurus

Apapun biarlah badan tu, yang penting syukur sangat Kerana Di beri peluang kedua, mengikut kata doktor saya sudah hampir tiada, Kerana lewat datang hospital, kuman telah banyak Di paru2.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Terima kasih Allah

Dan Terima kasih lagi sekali buat sahabat Di Sarawak, sabah, Jakarta, KL, sahabat2 insta, sahabat2 fb Dan dimana sahaja kalian berada serta saudara Mara, ahli keluarga yg mendokan, terima kasih."

Terdahulu, pelakon dikenali melalui drama Sayang di Sayang dan filem Pontianak Harum Sundal Malam itu dilaporkan mulai jatuh sakit pada Ramadan lalu

Adam kemudian kritikal dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat jangkitan kuman dalam paru-paru pada awal Julai lalu.