,
Hiburan

Adam Kaktus Pilih Nama 'Kaktus' Sebab Sifat Berduri Di Luar Lembut Di Dalam

Amri Hassan
11/11/2020
01:25 MYT
New Southern Records Sdn Bhd (NSR) sering memperkenalkan bakat baharu dengan genre muzik yang berbeza buat pendengar muzik di Malaysia.
Kali ini, NSR membawakan Adam Kaktus yang baru sahaja meluncurkan single bertajuk Rama-Rama.
Melihat pada nama uniknya, Adam Kaktus, pasti ramai yang ingin mengetahui mengapa dia memilih nama itu sebagai nama pentasnya.
Menurut Adam, Kaktus sifatnya berduri di luar, tetapi isi dalamnya adalah lembut.
"Bukan itu sahaja, saya mendapat ilham untuk meletakkan nama Kaktus setelah mendengar lagu Jacques Dutronc - Les Cactus yang dinyanyikan semula oleh Last Shadow Puppets (Alex Turner side project).
"Kaktus juga boleh bertahan di padang pasir dengan jangka masa yang lama walaupun tiada air.
"Saya berharap saya mampu menjadi Kaktus, mampu bertahan dalam industri satu jangka masa yang panjang," katanya yang mula meminati bidang muzik pada usia 14 tahun dengan memasuki beberapa pertandingan nyanyian.”
Menurut Pengurus A&R, Raja Muhammad Nazreen Raja Azahar, pemilihan Adam Kaktus untuk menjalin kolaborasi adalah kerana karakter vokalnya dan diri Adam itu sendiri yang sangat unik.
"NSR juga ingin keluar dari zon selesa genre muzik dibawah naungan NSR. Muzik yang Adam bawa ini lebih ke arah muzik baru dan bagi NSR, Adam merupakan seorang streaming artist.
"Adam mempunyai pengikut dan peminatnya tersendiri dan bagi zaman perniagaan muzik era digital sekarang ini, Adam merupakan artis yang sangat releven untuk dipasarkan," katanya.
Sementara itu, menceritakan lebih lanjut mengenai lagu Rama-Rama kata Adam atau nama sebenarnya Muhammad Adam Zawahir, lagu Rama-Rama menceritakan tentang seorang wanita berasal dari Singapura yang bekerja kuat setiap hari dia untuk menyara kehidupannya.
Dia tidak memerlukan perhatian masyarakat kerana dia tahu dirinya mempunyai keunikan dan kecantikan tersendiri.
"Lagu yang menampilkan konsep Lo-fi / Bedroom Pop yang bermaksud sesebuah irama yang dihasilkan dengan menggunakan alatan muzik yang murah dan lagu yang dibuat dengan alatan yang mampu milik dan tidak menggunakan studio yang besar.
"Di luar negara, konsep sebegini sering mendapat tempat untuk penyanyi-penyanyi muda berkarya," tambahnya.
Sebelum ini, graduan bidang Undang-Undang daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini pernah muncul dengan 3 buah single berjudul Sajak Cinta, Sajak Curang dan Dalam Tidurku.
Rama-Rama boleh didengari disemua platform penstriman lagu dan YouTube NSR.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Penyanyi Reedzwann Terlibat Kemalangan, Rakan Maut

gempak
07/09/2024
07:22 MYT
Penyanyi Reedzwann, 23, terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak, Perak pada Sabtu.
Hiburan

Sebar Gambar Tak Senonoh Mingyu, Pekerja Jenama Mewah Ini Digantung Tugas Serta Merta

gempak
04/09/2024
11:55 MYT
Jenama mewah Perancis L'Occitane tampil membuat permohonan maaf selepas seorang pekerjanya membocorkan gambar penyanyi Mingyu yang kurang sesuai baru-baru ini.
Hiburan

Noraniza Idris Tak Fikir Soal Gelaran Datuk, Anggap Ia Rezeki Jika Dapat – “Ada Orang Murah Rezeki Dia”

gempak
03/09/2024
21:55 MYT
Penyanyi Noraniza Idris menyifatkan penganugerahan gelaran Datuk kepada selebriti adalah rezeki yang ditentukan Allah.
Bollywood

Selain KL, Udit Narayan Akan Turun Pulau Pinang 28 November Ini

gempak
02/09/2024
15:51 MYT
Udit Narayan merupakan penyanyi Bollywood yang terkenal dengan suara latarnya kepada industri muzik Bollywood dan termasuk juga beberapa bahasa lain seperti Tamil, Bengali, Telugu, dan Kannada, bakal membuat kemunculannya di Setia Spice Arena, Pulau Pinang pada 28hb November 2024.
Viral

Kongsi Video Belajar Vokal, Netizen Bandingkan Ratu Farah Dengan Aina Abdul

gempak
29/08/2024
04:17 MYT
Nama Ratu Farah Diva bukanlah gerangan yang asing lagi bagi pengguna TikTok.