Laman Utama

Adam Lee Bukan Jenis Suami Yang Minta Isteri Selalu Dengar Cakap - “Nanti Perempuan Ni…”

gempak
Izwan Isa
18/10/2023
07:50 MYT
Sponsor Banner
Adam Lee Bukan Jenis Suami Yang Minta Isteri Selalu Dengar Cakap - “Nanti Perempuan Ni…”

Pelakon Adam Lee menegaskan yang dia tidak pernah menyekat kebebasan kerjaya isterinya, Sweet Qismina sebagai seorang pelakon.

Menurut Adam, sebagai individu yang matang, hubungan mereka sering dipupuk dengan rasa percaya, sejak sebelum mendirikan rumah tangga lagi.
“Sebelum zaman bertunang pun kami tidak pernah sorok yang kami ada hubungan istimewa. Sampai sekarang… Jadi berkaitan dengan isu sekatan, benda ni kena faham sendiri. Jika ada perkara yang tak boleh buat, dan salah seorang kami buat, adakah adil?
“Saya bukannya suami yang, ‘aku suami, kau kena dengar cakap aku’. Bukan. Sebab, nanti perempuan ni, kalau dia simpan, lama-lama boleh meletup,” katanya kepada Gempak.
Adam berkata demikian pada sidang media drama bersiri Cik Misi 123 yang diadakan di ibu kota baru-baru ini.
Sementara itu, menyentuh mengenai kekerapan isu penyondol yang berlaku dalam kalangan selebriti, Adam berkata: “Saya tak boleh nak kata apa-apa. Tapi, apa yang saya tahu, saya akan cuba menjaga keluarga saya sebaik mungkin,” katanya lagi.
Selain Adam Lee dan Sweet Qismina, Cik Misi 123 turut dibintangi oleh Hafreez Adam, Bella Dally, Afifah Nasir, Malek Mccrone, Wan Sharmila dan FaizDickie.
Bermula 9 Oktober, Cik Misi 123 ditayangkan Isnin hingga Khamis pukul 6 petang di Astro Ria dan Astro GO.
BACA: [VIDEO] Tular Video Adam Lee Bergaduh Di Kedai Karpet Milik Dazrin Kamarudin - “Mereka Memang Datang Untuk Mencari…”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live