HIBURAN
Adam Lee Hanya Ada Seminggu Untuk Dalami Watak Taufiq Dalam ’Di Sebalik Reda’ - “Saya Memahami & Mengenali…”
Pelakon Adam Lee memberitahu dia hanya mempunyai tempoh seminggu sahaja untuk mendalami watak Taufiq dalam drama terbaharu, Di Sebalik Reda.
Mencuba untuk memahami naskah itu, Adam memberitahu watak tersebut membawa cabaran yang tersendiri.
“Saya hanya ada waktu seminggu untuk mendalami watak Taufiq. Saya memahami dan mengenali sesebuah naskah kerana ini adalah wajib sebelum memproseskannya,” kata Adam.
Watak Taufiq adalah seorang yang terlalu ‘over protective’, anak ibu dan setia.
Adam juga berasakan elemen perebutan cinta di antara adik-beradik yang jarang ditonjolkan dalam drama umum akan membuatkan penonton bercampur baur emosi ketika menonton naskah.
Menurut suami kepada pelakon Sweet Qismina ini juga, setiap watak memainkan peranan yang pentinf dan berat.
“Bukan watak utama sahaja perlu diberi perhatian, setiap watak dalam naskah ini memainkan peranan yang sangat berat.
“Setiap ruang tidak kosong itu ada salah satu faktor kenapa penonton harus follow dari awal sampai akhir,” ujar Adam.
Tonton drama ‘Di Sebalik Reda’ di Astro Prima (saluran 105), mulai 30 Jun 2025, setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang atau strim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka.
Pakej Astro One boleh dilanggani sekarang. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Astro One Entertaiment dengan hanya RM139.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838.