Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Adam Lee Luah Tidak Sabar Pindah Masuk Rumah Idaman - “Alhamdulillah Semua Itu Rezeki Allah SWT”

Ainun Md Zooki 04/05/2025 | 12:55 MYT
Pelakon, Adam Lee berkongsi dia dan isterinya, Sweet Qismina tidak sabar untuk mendiami rumah idaman mereka yang kini sedang dalam proses pengubahsuaian.

Menurut Adam, atau nama sebenarnya Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, 30, keputusan untuk mengubah suai rumah tersebut bukanlah semata-mata kerana menerima banyak tawaran berlakon, sebaliknya ia merupakan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT.

“Kami tengah ubah suai rumah. Dari dulu lagi, bila ada rezeki masuk, kami akan teruskan lakukannya. Kalau nak kata sebab tawaran kerja banyak tu, Alhamdulillah tapi semua itu adalah rezeki daripada Allah SWT,” katanya kepada Gempak.

Adam Lee berkata demikian ketika menghadiri majlis pelancaran drama Pabila Dia Tersenyum yang berlangsung di Sunway Pyramid, Selangor, baru-baru ini.

Walaupun memiliki dua buah rumah di sekitar Kuala Lumpur namun, pasangan selebriti itu memilih untuk menumpukan kepada rumah idaman mereka dahulu sebelum beralih kepada ke rumah yang kedua untuk diubah suai.

Kongsi aktor yang terkenal dengan drama Curi-Curi Cinta, dia dan isterinya akan pindah masuk ke rumah itu pada hujung tahun ini.

“Sekarang kami siapkan satu dulu. Bila rumah yang tengah renovate ni dah siap, barulah kami akan fikir untuk renovate rumah kedua pula.

“Kunci rumah memang dah dapat. Sekarang kami extend bahagian belakang dan cantikkan laman rumah. Insya-Allah kalau semuanya lancar, mungkin tahun ini juga kami akan berpindah masuk,” jelasnya.

Ditanya mengenai jumlah kos keseluruhan renovasi tersebut, Adam lebih selesa untuk tidak berkongsi secara terperinci, namun mengakui ia menelan belanja puluhan ribu ringgit.

“Nilainya saya simpan sebagai rahsia, tapi bukan jutaan ringgit pun dalam puluh ribu juga lah,”selorohnya.

Sekadar info, Sekadar info, Adam dan Sweet mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober 2022.

BERITA BERKAITAN: Sweet Qismina Doa Dapat Beraya Bertiga Tahun Depan - “Mengharapkan Doa Yang Baik Dari Semua”

BERITA BERKAITAN: Sweet Qismina & Adam Lee Pernah Menangis Bersama, Tertekan Mahukan Cahaya Mata - “Terfikir Kenapa Kami Tak Dapat…”

BERITA BERKAITAN: Tulang Leher Adam Lee Patah, Ingat Pesan Ibu Untuk Terus Kuat - “Ini Bukan Lakonan, Ini Kejadian Sebenar”

BERITA BERKAITAN: Kecoh Isu Cerai-Berai Babitkan Rakan Selebriti, Adam Lee & Sweet Qismina Pilih Diam Diri – “Kita Ada Rezeki Yang Allah Sedang Jaga”

#Sweet Qismina #Adam Lee #Rumah #Pindah #Idaman