Pelakon Adam Shahz menegaskan akan mengambil mengambil tindakan terhadap bekas isteri, Fatin Afeefa kerana memuat naik tuduhan tidak berasas berkaitan dirinya menerusi ruangan IG Story di Instagram (IG).
Adam ketika dihubungi Gempak berkata, tuduhan yang dibuat bekas isterinya itu mencalarkan nama baik dan reputasinya.
“Saya tidak tahu apa motif dia buat macam tu. Sedangkan dia dah lama ‘block’ saya dari IG iaitu, sejak kami bercerai lagi.
“Saya tidak mahu ulas mengenai apa yang dimuat naik dia, tetapi cukup jika saya katakan anak saya tidak menipu tetapi dimanipulasi.
“Saya nekad bawa perkara ini ke mahkamah. Semua tuduhan dia tidak berasas dan tanpa usul periksa! Cukup-cukuplah saya berdiam selama ini,” katanya.
Terdahulu Fatin telah memuat naik status mendakwa bekas suaminya itu tidur sebilik dengna teman wanita ketika membawa anak mereka, Ivy Herra Sophia, 6, pergi bercuti.
Fatin turut berkongsi video perbualan bersama Ivy untuk menguatkan dakwaannya terhadap bekas suami.
Bagaimanapun tidak lama kemudian Fatin memadam kesemua perkongsian tersebut dari IG Storynya.
Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga selama empat tahun bermula 2013 dan bercerai pada 2017.
[[BACA: Fatin Afeefa Terkejut Anak Beritahu Bekas Suami Tidur Sebilik Dengannya & Teman Wanita]]
Fiza Kamarudin
Tue Jan 12 2021


RM18.1 Bilion Telah Dikeluarkan, Hampir 30 Peratus Ahli KWSP Hanya Tinggal RM100 Dalam Bank
5.16 juta ahli telah keluarkan duit melalui skim i Sinar

#PMTepiKakGee: Ibuku 'Bersuami' Dua
semoga ada jalan penyelesaian yang terbaik

Setelah Cubaan Pertama Gagal, Taecyeon Komen Comeback 2PM Tahun Ini
Please, please lah jadi tahun ni. Lama dah tunggu 2PM, sobs!

“Korang Akan Dapat Adik!” Issey Siap Tunjuk Stroller, Tapi Reaksi Krik Krik Anak-Anak Untuk Faham Memang Lawak
Krik krik tu yang paling lawak. Lucu la anak-anak Issey ni.

Side Kick Stephen Chow, Aktor Legenda Hong Kong, Ng Man Tat Meninggal Dunia
Ng cukup terkenal dengan aksi komedinya dalam Shaolin Soccer

“Takkan Saya Tak Dak Akai” – Mila Jirin Jawab Tuduhan Makan Tangan Kiri, Peminat Back Up: “Itukan Teknik Camera!”
Masih ada lagi yang suka tuduh-tuduh tanpa tahu sebab sebenar? Haish.

COVID-19: 2,364 Kes Positif Baharu, Selangor Masih Tertinggi
Jaga diri, jaga SOP, stay safe.

“Comel, Nampak Budak-Budak” - Licinnya Wajah Macam Kulit Telur! Hannah Delisha Makin Cantik Lepas Kahwin
Halusnya kulit Hannah Delisha ni, cantik terukkkkk!

#OhAbeNik: Flower Power! Girls... Ini Pokok Bunga Paling Mudah Tanam Dalam Rumah & Senang Jaga
Gegadis semua mari sini...

Vaksin Sinovac Tiba, KJ Sedia Jadi Penerima Pertama Suntikan Sinovac atau Spuntnik V
vaksin Sinovac perdana kali tiba hari ini