Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Adegan Tak Logik Geng, Penerbit Sudah Bincang Dulu Dengan PDRM

Amri Hassan 15/07/2019 | 03:55 MYT
Penerbit filem televisyen Geng, Sharmaine Othman mengakui telah merujuk pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mendapatkan pandangan dan berbincang mengenai skrip filem terbabit sebelum memulakan penggambaran.
Jelas Sharmaine, naskhah terbabit telah diterbitkan mengikut landasan dan kelulusan daripada pihak berkuasa terlebih dahulu.
"Apabila skrip siap, kami telah menghantarnya kepada pihak PDRM untuk mendapatkan pandangan mengenai beberapa adegan yang dimuatkan dalam FTV ini.
"Apa yang boleh saya katakan pihak PDRM telah meluluskan semua adegan dan skrip dalam naskhah ini, bukannya kami buat sesuka hati," katanya kepada Gempak.
Dalam naskhah terbitan Perempuan Productions itu, terdapat adegan tiga wanita ditangkap ketika menyeludup dadah dibebaskan dengan jaminan polis sekiranya memberikan kerjasama menangkap tokan dadah.
Timbul dakwaan sesetengah pihak bahawa adegan itu tidak logik dalam terma perundangan Malaysia.
Geng mengisahkan kehidupan tiga sahabat baik yang terpisah selepas tamat persekolahan, Isabella (Sherry Alhahad), Mariam (Lisa Surihani) dan Anita (Nadia Nisa).
Bagaimanapun, mereka dipertemukan semula disebabkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Geng akan mula ditayangkan di Astro First Eksklusif bermula 18 Julai ini.
#Lisa Surihani #Sherry Alhadad #Geng
;