Hiburan

Adi Putra Ceraikan Kedua-Dua Orang Isteri ?

gempak
Rozaimi Zubaidi
23/03/2017
07:31 MYT
Sponsor Banner
Adi Putra Ceraikan Kedua-Dua Orang Isteri ?
Pelakon Adi Putra dikatakan telah menceraikan kedua-dua orang isterinya iaitu Zuhaidah Yusof, 42, dan Norshahida Dzolkifly, 33.
Menerusi muat naik di akaun Instagram (IG) miliknya, Adi telah mengeluarkan kenyataan sudah tiada apa-apa kaitan dengan kedua orang isterinya.
"‎بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Ramai yg bertanyakan tentang status rumahtangga saya, di sini saya ingin nyatakan yang saya tidak ada apa2 hubungan dan kaitan lagi dengan @aidayusof15 ( aida ) dan @marmobilespa ( shahida ). Pada rakan media yg saya hormati saya tidak ada apa2 statement utk diberi. Dan beri penghormatan pada aida dan shahida agar tidak diganggu. Terima Kasih," katanya menerusi muat naik di Instagram.
Kenyataan Adi telah menyebabkan pengikut IGnya terkejut dan berharap agar Adi tabah menghadapi dugaan ini.
Adi telah berkahwin dengan isteri pertamanya, pada pada 14 April 2006.
Pasangan yang sudah 11 tahun berkahwin ini kembali menjadi perbualan masyarakat setelah Adi memilih untuk berkahwin dengan isteri keduanya, Norshahida.
Perkahwinan secara rahsia pada 20 Jun 2016 itu pada awalnya dikatakan tidak diketahui oleh Aida, bagaimanapun tidak lama selepas itu isteri pertamanya memberitahu bahawa dia telah menerima takdir hidup bermadu.
Teks Oleh : Rozaimi Zubaidi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live