Adibah Asian Games! Nama Bayi Perempuan Sempena Sukan Asia 2018

Amri Hassan
Ogos 20, 2018 15:13 MYT
Seorang bayi perempuan yang dilahirkan pada hari sama majlis pembukaan Sukan Asia 2018 pada Ahad lalu dinamakan Adibah Asean Games.
“Puteri saya lahir kelmarin pada 3.33 petang (waktu tempatan) di klinik bersalin di Palembang, sama dengan majlis pembukaan Sukan Asia 2018,” kata bapa Adibah, Yordania.
Menurut Yordania, 38 tahun, selepas kelahiran anak keempatnya itu, dia dan isteri, Veranova, merancang menamakan anak mereka itu sempena Sukan Asia.
“Secara spontan kami menamakan anak kami itu Adibah Tri Asian Games namun kami menukar kepada nama yang lebih sesuai iaitu Adibah Asian Games.
“Isteri saya melahirkan bayi kami secara normal dan sihat. Kami bangga kerana anak kami ini lahir pada tarikh yang cantik," katanya.
Sumber: Agensi
#Viral #Indonesia #Viral #Sukan Asia 2018 #Adibah Asean Games #Palembang