Hiburan
Adibah Noor Cerita Pengalaman Kena "Pau" Dengan...
Selebriti terkenal, Adibah Noor menceritakan pengalamannya dikenakan caj yang tinggi oleh seorang pemandu teksi baru-baru ini.
Perkongsian itu dibuat menerusi status di akaun Twitter miliknya.
Menurut Adibah, kejadian itu berlaku ketika dia berada di Kota Kinabalu, Sabah.
"Insiden baru-baru ini, kadar harga perkhidmatan grab hanya RM 4 dari Sutra Harbour Kota Kinabalu ke Imago Mall.
"Saya menaiki teksi dan caj yang dikenakan untuk jarak yang sama adalah RM 15, harga itu terus ditetapkan oleh pemandu tersebut tanpa menggunakan meter," tulisnya.
Namun begitu, Adibah masih memuji sikap pemandu teksi terbabit, menurutnya, individu berkenaan seorang yang ramah dan mesra pelanggan.
Adibah mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 1995 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi bidang nyanyian, lakonan dan pengacaraan.
Must-Watch Video