Laman Utama
Adibah Noor Tawar Diri Jadi Perantara DidikTV, Tapi Ada Yang Tanya; "Apa Kelayakan?"
Selepas tular video memperbetulkan sebutan bahasa Inggeris penyampai berita dan pemimpin negara, penyanyi dan pengacara Adibah Noor tampil menawarkan dirinya untuk menjadi perantara untuk program pendidikan yang disiarkan di televisyen.
Tulis Adibah di Twitter, dia mahu terus memberikan ilmu terutamanya dalam bahasa Inggeris menerusi platform terbabit sekali gus merayu Kementerian Pendidikan mempertimbangkan hasratnya itu.
"Saya nak offer diri kepada Kementerian Pendidikan, untuk jadi perantara yang mengajar bahasa Inggeris kat didiktv, boleh?" soalnya.
Bagaimanapun, tegas Adibah dia hanya ingin menjadi perantara dan bukannya individu kreatif belakang tabir merencanakan program terbabit.
"Saya rasa pendekatan didiktv berbeza (daripada rancangan yang pernah ada zaman dulu), saya tawarkan diri jadi perantaranyaa sahaja bukan the creative mind behind it," tambahnya.
Ciapan Adibah itu bagaimanapun mendapat reaksi ramai yang bersetuju dengan hasratnya itu.
Bagaimanapun ada juga yang kurang bersetuju dan tidak berpuas hati dengan tawaran Adibah itu.
Tulis seorang pengguna; "Apakah kelayakan kamu, kerana kerajaan menilai kelayakan berbanding kemahiran sedia ada."
Adibah tidak berdiam diri sebaliknya menjawab soalan berkenaan.
"Saya ada bachelor degree (with honours) in the teaching of english as a second language - B. Ed. (Hons.) TESL.
"A qualified english language teacher, from my existing skill, flourished," balasnya.
Must-Watch Video