Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Adibah Noor Turun 18 Kg, Rahsianya Enam Kali Suapan & ...

Azwa Rahman
09/06/2022 09:04 MYT
“Saya jauhkan minuman bergula dan hadkan enam suap je setiap kali makan.”

Itulah jawapan penyanyi hebat Adibah Noor apabila ditanya mengenai rahsia bentuk fizikalnya yang semakin kurus.

Menurut Adibah atau nama sebenarnya Adibah Noor Mohamed Omar, sudah tibanya menjaga kesihatan diri memandangkan usianya kini sudah mencecah 52 tahun.

“Lutut semua dah kaput. Jalan pun mengah, jalan penyelesaiannya adalah dengan kurangkan berat badan.

“Saya start pemakanan sihat ni selepas habis program Gegar Vaganza.

“Saya jauhkan makanan berproses. Misalnya kalau saya nak makan burger, saya cari gerai yang buat burger sendiri. Bukan yang dari dalam plastik yang dah siap,” jelasnya ketika dihubungi Gempak.

Tambah Adibah lagi, dia mengamalkan makanan segar yang dimasak.

“Saya cari makanan yang dimasak fresh dan tak guna makanan yang diproses atau yang dalam tin. Saya juga hadkan pengambilan yang tinggi kalori.

“Kalau dulu, nasi lemak tu tiga bungkus saya makan. Sekarang, sebungkus,” ujarnya.

Melihat respon yang positif daripada pengikut di Instagram yang memuji penampilan terkininya, Adibah memanjatkan kesyukuran.

“Alhamdulillah, doakan yang baik-baik sahaja untuk saya,” katanya.

#Adibah Noor #Selebriti kurus #Adibah kurus
;