Menyertai barisan rangkaian ikonik yang bakal menggegarkan permainan bola sepak, adidas memperkenalkan ahli terkini francais Predator - Predator 24.

Sebagai penghormatan kepada but bola yang mencetuskan fenomena penting tiga dekad yang lalu, adidas Predator 24 menyatukan nostalgia tahun 90-an dengan prestasi tanpa henti pada hari ini untuk mencipta but bola yang sesuai untuk generasi baru penjaring gol.

Inspirasi dari rekaan but bola asal dalam Predator 24 adalah amat jelas, ia menggabungkan DNA estetik Predator Original dengan keupayaan reka bentuk ringan yang boleh dilihat pada Predstrike dan Predator 30.

A post shared by adidas Malaysia (@adidasmy)


Hadir dalam pilihan warna hitam, merah dan putih yang tampak lebih berani dan garang, but bola ini dilengkapi dengan taping kuning - satu pengisytiharan kedudukannya sebagai but bola yang tersendiri.

Diikat dengan reka bentuk ringkas, ia didatangkan dalam tiga reka bentuk yang menawarkan gabungan ciri reka bentuk yang sesuai dengan pelbagai rangkaian harga - bertali, tanpa tali dan variasi tali klasik dengan lipatan lidah bagi mereka yang mahukan rupa nostalgia tulen.

Sam Handy, Naib Presiden Produk dan Reka Bentuk di adidas berkata: “Predator 1994 merupakan rangkaian yang mencetuskan semuanya dan tidak ada cara yang lebih baik untuk meraikan kejayaan tiga dekad bagi francais ini selain daripada kembali ke titik permulaannya.



"Pada masa itu ia direka pada masa yang berbeza, dengan cara berbeza yang diguna pakai oleh kami pada hari ini. Dan ini menjadi cabaran kreatif utama bagi kami. Jika Predator 1994 direka pada hari ini untuk digunapakai oleh atlet zaman ini, apakah reka bentuk yang paling sesuai?’

"Jawapan kami pada soalan tersebut adalah Predator 24. Ekspresi Predator zaman moden dengan reka bentuk DNA menarik perhatian yang sama, menjadikan reka bentuk asal sangat ikonik dan serta merta dikenali di kaki-kaki pemain di permainan yang hebat.

"Kami amat teruja untuk meneruskan kisah but bola yang digemari ramai ini dan tidak sabar untuk melihat pemain-pemain bola sepak mencipta legasi jaringan gol tersendiri mereka dengan Predator 24."

Walaupun setiap rekaan but bola telah berkembang, seiring dengan setiap generasi yang memakainya, legasi Predator kekal utuh dengan DNA yang berani, estetik dan keunggulan teknikalnya.

Ciri-ciri khas Predator 24

CONTROLFRAME 2.0 - tapak ringan dan pembinaan tumit mengoptimumkan daya tarikan untuk pergerakan dinamik dan kestabilan apabila melakukan sepakan bola.

HYBRIDTOUCH 2.0 - upper memberikan sokongan bentuk kaki dengan kusyen di kawasan sentuhan utama untuk keselesaan dan sentuhan lembut pada bola.

STRIKESKIN - sirip getah yang diletakkan secara strategik di zon serangan, bagi sokongan cengkaman bola untuk sepakan tepat.

STRETCHABLE LACELESS PRIMEKNIT COLLAR - memudahkan pemakaian but bola dan memastikan penguncian kaki yang selamat.

LIGHWEIGHT DESIGN - dengan permainan yang semakin pantas, dan kadar responsif dalam permainan amat penting, Predator 24 menyertai keluaran terhad Predstrike sebagai but bola paling ringan dalam francais ini. Khususnya variasi Laceless Elite dengan berat 195g bagi saiz UK8.5.

WORLD OF PREDATOR

Terkenal dengan inovasi berterusan yang merevolusikan permainan, adidas Malaysia melancarkan pameran The World of Predator bermula 1 Februari 2024 di The Exchange, TRX bersempena dengan ulang tahun ke-30 Predator yang dirasmikan oleh legenda bola sepak, David Beckham.

adidas Creators, rakan media dan ahli adiClub terpilih juga akan menyertai pratonton bagi The World of Predator dengan peluang keemasan untuk bersemuka dengan legenda bola sepak ini.

The World of Predator bakal mempamerkan 30 tahun warisan dan sejarah but bola melalui lintasan arkib yang menampilkan teknologi unik setiap but bola.

Dengan mendedikasikan impak francais ini bagi permainan bola selama tiga dekad, pameran ini memperincikan setiap but bola yang dihasilkan sejak diperkenalkan pada tahun 1994.
@astrogempak

Sempena ulangtahun ke-30 rangkaian but sukan Predator, Adidas Malaysia telah melancarkan pameran World of Predator di TRX Kuala Lumpur. Menariknya, acara yang berlangsung pada 1 Februari lalu dihadiri bintang terkemuka bola sepak dunia, David Beckham! The World of Predator mempamerkan kronologi legasi but sukan dari tahun 1994 hingga 2023. Jom datang ramai-ramai. Selanjutnya di www.gempak.com.

♬ Dreamers [Music from the FIFA World Cup Qatar 2022 Official Soundtrack] - Jung Kook & BTS

adidas turut bekerjasama dengan peminat Predator, Mohamad Anas Faiz bin Mohamad Amin, untuk melengkapkan panduan arkib dengan 22 but bola fizikal, 19 pasang daripada koleksi peribadi beliau yang merangkumi Predator 1994 - 2023.

Penggemar bola sepak Malaysia boleh menikmati pameran ini menerusi pelbagai aktiviti menarik, ruang bergambar serta ruang kedai yang menawarkan but bola, jersi, kasut adidas Originals yang berinspirasikan bola sepak dan perkhidmatan pengkhususan peribadi.

Peralatan bola sepak adidas yang terbaik akan dipamerkan bagi memberikan pengunjung peluang mengalami peralatan serta melakukan pembelian di kedai.

Selepas pelancarannya, The World of Predator akan dibuka secara eksklusif untuk ahli adiClub.

Predator 24 dengan lipatan lidah istimewa yang baru dilancarkan juga akan dijual secara eksklusif di pameran The World of Predator bersama variasi pek lain sepanjang tempoh pameran, sementara stok masih ada.

Predator 24 juga bakal disarungkan oleh beberapa pemain terbaik dalam sukan bola sepak, antaranya Jude Bellingham, Pedri, Alessia Russo, Kaddidiatu Diani, Gabriel Jesus dan ramai lagi.