Hiburan
Adiela Ridzuan Kongsi Pengalaman Melahirkan Bayi Pramatang
Penyampai radio Zayan, Adiela Ridzuan berkongsi detik proses bersalin anak kedua ketika kandungannya baru berusia 33 minggu.
Menurut Adiela sebagai persiapan doktor terpaksa memberi suntikan untuk mematangkan paru-paru bayi memandangkan keluar awal dari tarikh yang dijangka.
"Ramai sangat yang tanya kenapa sis terbersalin awal untuk pregnancy kalini? Sebab sis lasak sangat ke pg Kashmir naik kuda lah main salji lah?
"Haha lepastu ramai jugak nak tahu birth story Jasmine hihi. Masa 32weeks 6days, petang tu air ketuban pecah jadi sis terus pergi hospital tapi takde contractions pun masa tu dan bukaan baru 2cm.
"Memandangkan terlampau awal lagi untuk baby keluar dan lungs dia masih tak matang, jadi doc nak tahan kalau boleh sampai 35weeks tapi dalam masa yang sama doc cucuk 2 dos Dexa (ubat matangkan paru paru baby) incase baby nak keluar awal, paru paru dia dah matang.
"Esoknya dah 33weeks, lepas isya' tiba tiba start contractions yang sangat kuat. Bila check baru 3cm, tapi makin lama makin kuat tahap tak tahan dah naik kejang kaki menahan sakit fuhh berpeluh gaiss.
"Masa tu sis sorang-sorang je menahan sakit yg teramat sangat, dengan air mata dh tak tahu berapa baldi sebab sakit gila.
"Rupanya dalam masa sejam tu kepala baby dah nampak dah, terlampau cepat contractions dari 3cm ke 10cm, cepat-cepat nurse dan doc tolak pergi labour room tapi punya la Jasmine tak sabar nak tengok dunia, dalam lif nak ke labour room sis dah teran dia keluar ahahaha dah tak tahan sakit sangat, i buat kerja sorang-sorang tak tunggu doc dah," tulis Adiela.
Adiela juga menyatakan keadaan anaknya sangat kecil iaitu berat badan hanya 1.94 kg serta terpaksa ditahan di Neonatal Intensive Care Unit (NICU) selama 14 hari.
"Mama simpan cerita kelakar nie, nanti bila Jasmine dah faham kita boleh gelak sama sama k!
"Haha tapi she is so small, only 1.94kg so kena duduk NICU for 14days tapi Alhamdulillah Jasmine sangat kuat dan progress dia cepat.
"Dia dh boleh discharge bila dh cukup 35weeks tanpa sebarang masalah Alhamdulillah," tulisnya lagi.
Adiela turut berpesan kepada para ibu yang sedang hamil supaya bijak mengawal emosi ketika mengandung.
"Berbalik kepada kenapa sis terbersalin awal, sebenarnya ada betulnya jugak sebab terlebih lasak PLUS masa tu sis agak stress. Itu pun mengundang kepada early labour.
"Jadi nasihat sis pada preggy moms, kena kawal emosi. Jangan biarkan stress buat korang terbersalin awal.
"Dapatkan support orang-orang berdekatan kalau stress. Kena bertenang je.
"Kita tengah bawak satu nyawa baru, kalau boleh biar dia keluar dengan sihat dan kuat.
"Kita pun tak risau dan kita pun boleh berpantang dengan tenang takyah ulang alik hospital mcm sis haritu.
"Tapi kalau Allah dah tulis memang akan terbersalin sebelum waktunya, insyaAllah itula yg tebaik untuk kita," luahnya.
Must-Watch Video