Ha, kepada adik-adik yang bosan duduk rumah tu, apa kata serlahkan bakat dan potensi anda menerusi Ceria Online Star!

Ceria Online Star adalah sebuah program realiti atas talian yang menampilkan kepelbagaian bakat di kalangan peserta yang berusia 18 tahun dan ke bawah.

Tak kisahlah apa bakat anda, menyanyi, menari, rap, memasak, beatbox, berlakon, melukis... Apa sahaja yang anda boleh lakukan, jom sertai uji bakat ini yang berlangsung sehingga 6 April!

Peserta boleh menghantar penyertaan mereka melalui Instagram menggunakan hashtag #ceriaonlinestar dan jangan lupa tag @astroceria.

Ha, sebagai contoh, lihat penyertaan yang dihantar oleh peserta di bawah:

Saya harap rezeki pada kali ini sya akan terpilih ujibakat ini #ceriaonlinestar #rezekitaksalahalamat #astroceria #dudukdalamrumah @astroceria @astrogempak

A post shared by [?????????????????????????] (@_irfanmazlan) on


Saya Aydin Zane Mikhail. Berumur 9 tahun.Sebab saya menyertai ujibakat ini kerana ingin mencuba dan mengasah bakat saya dalam bidang tarian. . . #CeriaOnlineStar #CabangTiga #AmanRa #DudukRumahChallenge #AstroCeria @astroceria

A post shared by AydinZ.M™ (@azm_smurf) on



Bakat-bakat peserta akan dijuri oleh Ernie Zakri dan Mark Adam, nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air.


Hadiah pun menarik tau! Juara akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM3,000.

Manakala kedudukan kedua dan ketiga masing – masing meraih wang tunai RM2,000 dan RM1,000.

Penonton juga berpeluang untuk mengundi pemenang bagi kategori Anugerah Pilihan Penonton yang akan dinilai berdasarkan jumlah “likes” yang diterima di ig @astroceria.

Pemenang kategori ini akan membawa pulang wang tunai RM500.

Ha, jangan lupa hantar penyertaan anda sekarang, jangan lepaskan peluang!

Jangan lambat-lambat! Hantar sekarang tauuu! . Astro Ceria ada berita menarik nak kongsikan dengan semua! . Memandangkan semua #dudukrumah, apa kata korang sertai ujibakat Ceria Online Star! Bukan setakat untuk adik-adik yang boleh menyanyi je, menari, gimnastik atau apa-apa bakat pun boleh sertai! . Yang paling best, setiap penyertaan akan dijurikan oleh @markadam1079 dan @erniezakri tau! Dan juara bakal memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM 3,000, naib juara RM 1,500 dan tempat ketiga RM1,000! . Tapi sebelum tu, jangan lupa minta kebenaran ibu bapa okay! All the best! . Untuk makluman lanjut, sila layari laman web astroceria.com.my . Tarikh tutup penyertaan: 6 April 2020 . #CeriaOnlineStar #DudukRumahChallenge #AstroCeria

A post shared by Astro Ceria (@astroceria) on

Astro Ceria ada berita menarik nak kongsikan dengan semua! . Memandangkan semua #dudukrumah, apa kata korang sertai ujibakat Ceria Online Star! Bukan setakat untuk adik-adik yang boleh menyanyi je, menari, gimnastik atau apa-apa bakat pun boleh sertai! . Yang paling best, setiap penyertaan akan dijurikan oleh @markadam1079 dan @erniezakri tau! Dan juara bakal memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM 3,000, naib juara RM 1,500 dan tempat ketiga RM1,000! . Tapi sebelum tu, jangan lupa minta kebenaran ibu bapa okay! All the best! . Untuk makluman lanjut, sila layari laman web astroceria.com.my . Tarikh tutup penyertaan: 6 April 2020 . #CeriaOnlineStar #DudukRumahChallenge #AstroCeria

A post shared by Astro Ceria (@astroceria) on