Adik-Adik! Jom Sertai Uji Bakat Ceria Online Star & Berpeluang Raih Wang Tunai Bernilai RM3,000!

Kamaruddin Razal
April 3, 2020 13:49 MYT
Ha, kepada adik-adik yang bosan duduk rumah tu, apa kata serlahkan bakat dan potensi anda menerusi Ceria Online Star!
Ceria Online Star adalah sebuah program realiti atas talian yang menampilkan kepelbagaian bakat di kalangan peserta yang berusia 18 tahun dan ke bawah.
Tak kisahlah apa bakat anda, menyanyi, menari, rap, memasak, beatbox, berlakon, melukis... Apa sahaja yang anda boleh lakukan, jom sertai uji bakat ini yang berlangsung sehingga 6 April!
Peserta boleh menghantar penyertaan mereka melalui Instagram menggunakan hashtag #ceriaonlinestar dan jangan lupa tag @astroceria.
Ha, sebagai contoh, lihat penyertaan yang dihantar oleh peserta di bawah:
Bakat-bakat peserta akan dijuri oleh Ernie Zakri dan Mark Adam, nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air.
Hadiah pun menarik tau! Juara akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM3,000.
Manakala kedudukan kedua dan ketiga masing – masing meraih wang tunai RM2,000 dan RM1,000.
Penonton juga berpeluang untuk mengundi pemenang bagi kategori Anugerah Pilihan Penonton yang akan dinilai berdasarkan jumlah “likes” yang diterima di ig @astroceria.
Pemenang kategori ini akan membawa pulang wang tunai RM500.
Ha, jangan lupa hantar penyertaan anda sekarang, jangan lepaskan peluang!
#Ceria Online Star #Uji Bakat