Laman Utama
Adik Atta Halilintar Syak Diri Dijangkiti COVID 19 Varian Omicron
Selepas ibu mentuanya, Ashanty dilaporkan dijangkiti COVID 19, terkini adik Youtuber terkenal Indonesia, Atta Halilintar, Thariq pula mendedahkan dirinya telah positif virus yang sama.
Menerusi pengakuan yang dibuat melalui video di saluran Youtube miliknya, Thor Daily, Thariq mendakwa dijangkiti virus tersebut selepas pulang bercuti dengan keluarganya di Turki. Percutian tersebut adalah momen pertemuan pertama keluarga itu dengan Atta dan isterinya, Aurel Hermansyah serta keluarga mereka.
Malah Thariq mendakwa dia mungkin telah dijangkiti COVID 19 dari varian Omicron.
"Saya positif (COVID-19) guys, dan kemungkinan ini Omicron. Dan saya sempat melihat kenyataan dari Kemenkes jika Omicron tidak terlalu berbahaya. Gejalanya juga hampir tidak ada,” kata Thariq seperti dilaporkan Detik.com.
Thariq juga mengaku walaupun kini positif COVID 19, dia juga tidak mengalami gejala berat kecuali selesema biasa.
Dia kemudian mendedahkan sudah sempat dua kali dijangkiti virus tersebut sebelum ini.
“Saya tidak bergejala dan tak ada yang serius. Saya sudah dua kali kena COVID 19. Ini yang ketiga. Dari jangkitan sebelum ini, saya pun masih mengalami selesema biasa,” akuinya.
Instagram: @thariqhalilintar
Must-Watch Video