Nama pelakon baharu Erysha Emyra kini menjadi perbualan hangat selepas ibunya iaitu Datin Seri Noniswara mendedahkan isteri kepada penyanyi rap MK K-Clique, Siti Hajaar adalah anak tirinya.

Sebelum itu, anak gadis tunggal Noniswara ini juga telah mencuri perhatian ramai khususnya di media sosial kerana mewarisi kecantikan asli ibunya.

Erysha juga cemerlang dalam SPM setelah memperoleh keputusan 9A dalam peperiksaan tersebut dan kini aktif dalam dunia lakonan selain turut bergelar model sambilan.

Jom kita ‘usha’ biodata dan latar belakang Erysha;

Nama penuh: Nur Erysha Emyra Zakaria

Nama komersial: Erysha Emyra

Umur: 24 tahun (2023)

Tarikh lahir: 1 Disember 1999

Asal: Kuala Lumpur

Keluarga: Anak kedua daripada tiga orang adik beradik

Pendidikan: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminudin Baki

Kerjaya: Pelakon, model sambilan

Instagram (IG): @eryshaemyra

Fakta Menarik

1. Anak kepada dramatis terkenal kelahiran Pasir Mas, Kelantan, Datin Seri Noniswara Baharudin (Noniswara).

2. Pernah menjadi viral disebabkan mendapat keputusan cemerlang, 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), iaitu bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik Tambahan, Prinsip Perakaunan dan Ekonomi.

3. Selain Erysha, Noniswara juga mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan pertamanya bersama Zakaria Rahman, iaitu Naveer Mihshon (29 tahun) dan Nazeer Danish (16).

4. Ibu Erysha iaitu Noniswara berkahwin kali ketiga dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Dr Sheikh Nordin yang merupakan bapa mentua kepada penyanyi MK K-Clique. Ini menjadikan Erysha dan isteri MK iaitu Siti Hajaar adik-beradik tiri.

5. Noniswara pernah mendedahkan Erysha seorang anak yang amat menitikberatkan soal penampilan dan kebersihan, selain bersifat cerewet dan tegas dalam memperjuangkan pendiriannya.

6. Selepas mencapai keputusan cemerlang SPM, Erysha menyambung pengajian di pusat pengajian tinggi dengan mengambil jurusan perakaunan.