'Adik Dengar Kakak Cakap "Tak Nak" Dalam Bilik Air'
Gempak
01/09/2024 06:31 MYT
01/09/2024 06:31 MYT
Guru mengaji dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Muar, pada Ahad, atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya dalam bilik air di sebuah pusat mengaji di Batu Pahat, bulan lalu.
Tertuduh, Muhammad Amir Syahmi Manat, 23, yang berhadapan dua pertuduhan bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor.
Untuk kedua-dua pertuduhan ini, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) dan 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 yang memperuntukan penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.
Ketika itu, terdapat tiga murid termasuk seorang lelaki namun tertuduh memintanya pulang ke rumah dahulu sebelum meninggalkan dua beradik berkenaan.
Tertuduh kemudian membawa mangsa ke dalam bilik air yang mana ia turut disaksikan adiknya.
Bagaimanapun, tertuduh tidak membenarkan adik mangsa masuk dalam bilik air sebalik memintanya menunggu di luar.
Adik mangsa kemudiannya menceritakan kejadian itu kepada ibunya sambil menangis sebelum bertindak membuat laporan di Balai Polis Sri Gading, pada hari kejadian.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Ariff Marzuki manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Razak Shariff.
Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah untuk mengenakan ikat jamin tertinggi terhadap tertuduh serta menetapkan dua syarat.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 8 Oktober ini untuk serahan dokumen.
Pada masa sama, mahkamah mengarahkan tertuduh melapor diri di Balai Polis Yong Peng setiap awal bulan serta tidak boleh mengganggu atau berkomunikasi dengan mangsa sehingga prosiding selesai.
Sumber: Berita Harian
Tertuduh, Muhammad Amir Syahmi Manat, 23, yang berhadapan dua pertuduhan bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor.
BERITA TRENDING: “Tak Sangka, Muka Nampak Baik” - Peminat Terkejut Taeil Terlibat Kes Jenayah Seksual, SM Entertainment Terus Umum Keluar NCT
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang masih bujang didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap muridnya berusia lapan tahun di sebuah pusat mengaji, di Batu Pahat, pada jam 6.30 petang, 21 Ogos lalu.Untuk kedua-dua pertuduhan ini, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) dan 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 yang memperuntukan penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.
Adik jadi saksi
Berdasarkan laporan dibuat, kejadian berlaku ketika mangsa bersama adik perempuan berusia enam tahun mengaji di pusat terbabit.Ketika itu, terdapat tiga murid termasuk seorang lelaki namun tertuduh memintanya pulang ke rumah dahulu sebelum meninggalkan dua beradik berkenaan.
Tertuduh kemudian membawa mangsa ke dalam bilik air yang mana ia turut disaksikan adiknya.
Bagaimanapun, tertuduh tidak membenarkan adik mangsa masuk dalam bilik air sebalik memintanya menunggu di luar.
Sewaktu di luar, adiknya terdengar suara kakaknya berkata 'tak nak' dari dalam bilik air sebelum dia keluar bersama tertuduh.
Adik mangsa kemudiannya menceritakan kejadian itu kepada ibunya sambil menangis sebelum bertindak membuat laporan di Balai Polis Sri Gading, pada hari kejadian.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Ariff Marzuki manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Razak Shariff.
Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah untuk mengenakan ikat jamin tertinggi terhadap tertuduh serta menetapkan dua syarat.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 8 Oktober ini untuk serahan dokumen.
Pada masa sama, mahkamah mengarahkan tertuduh melapor diri di Balai Polis Yong Peng setiap awal bulan serta tidak boleh mengganggu atau berkomunikasi dengan mangsa sehingga prosiding selesai.
BERITA TRENDING: Bapa Dua Anak Didakwa Raba Punggung Rakan Sekerja
BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Atlet Gusti Mesir Ditahan Polis, Didakwa Lakukan Serangan Seksual
BERITA TRENDING: Dapat Mesej Lucah, Ara Johari Tak Anggap Penampilan Feminin Punca Gangguan Seksual
Sumber: Berita Harian