Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Adik Dikecam Gara-Gara Let Go 37 Ekor Kucing Sebab Nak Kahwin, Shila Amzah: “Secara Logiknya Dia Nak Bagi…”

Izwan Isa
01/11/2022 02:50 MYT
Penyanyi Shila Amzah menasihati orang ramai supaya tidak terlalu menghakimi seseorang berdasarkan sesuatu isu sebelum mendapat tahu tentang penyebab atau perkara sebenar yang berlaku di sebaliknya.

Shila berkata, jika seseorang itu terlalu fokus pada hal-hal negatif, ia boleh menyebabkan ‘barah’ dalam diri dan seterusnya membahayakan mental dan pemikiran.

“Sebenarnya, dalam dunia ni kan, saya lebih prefer kalau orang lihat benda yang positif terlebih dahulu di media sosial… khususnya sekarang. Ambil perkara positif sebelum negatif. Benda macam ni bahaya tau, it’s very cancerous. Tak bagus untuk otak.

“Saya sangat sarankan untuk lihat sesuatu benda tu ke arah yang lebih positif sebab apa yang berlaku di sebalik tirai, orang tak tahu. Jadi sebelum tu, jangan cepat menilai,” katanya kepada Gempak.

Shila mengulas mengenai isu segelintir netizen yang mengkritik adiknya, Syada Amzah apabila membuat keputusan melepaskan kucing peliharaan kepada orang ramai kerana mahu mendirikan rumah tangga.



Menurut penyanyi Patah Seribu itu, Syada merupakan tuan yang baik kepada kucing-kucingnya dan adiknya juga merupakan penyelamat terhadap haiwan comel itu ketika banjir besar melanda Malaysia tidak lama dahulu.

“Sebelum ini, kita memang ada kucing, tapi dalam belas-belas sahaja. Tapi sejak banjir tahun lalu, Syada selamatkan banyak kucing. Untuk dia yang bekerja sebegitu menjaga 37 hingga 38 ekor kucing seorang diri, agak berat.

“Dia baru 23 tahun dan ketika dia selamatkan kucing tu semua, dia memang jaga betul-betul. Secara logiknya, dia nak bagi sahaja kucing-kucing itu kepada mereka yang boleh menjaga dan menyayangi, bukan jual,” katanya.

Dalam pada itu, Shila menjelaskan, sebagai seorang kakak, dia melihat isu kritikan yang diterima oleh Syada sebagai pemangkin untuk adiknya membesar sebagai individu yang lebih kuat.

“Dia masih muda… macam saya dulu dekat Twitter, saya rasa orang tahu macam mana. Apa yang boleh saya katakan pada dia, saya sudah melakukan tanggungjawab saya dan dalam masa sama saya mahu dia alami sendiri hal-hal sebegini.

“Sebab ia sangat penting untuk tumbesaran… nanti lagi enam tahun, ketika usia dia sudah 30, dia mungkin boleh flashback balik dan cakap: ‘I’ve done this’. Apabila kita mendewasa dalam kalangan khalayak umum, bukan satu hal yang mudah. Insya-Allah, lama-lama nanti dia akan getting better. Saya doakan,” katanya menutup perbualan.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Shila Amzah #Kucing #Syada Amzah
;