"Adik Hebat & Kuat Sangat Bertarung Nyawa..." - Akibat Jangkitan Kuman Di Paru-Paru, Anak Azizul Haqim Meninggal Dunia

Zulaikha Yusof
Oktober 10, 2019 06:34 MYT
Penyanyi kelahiran 3 Juara, Azizul Haqim berkongsi berita duka mengenai pemergian puteri kesayangannya, Aulia Irdina pada Isnin lalu (7 Oktober).
Menurut Azizul, doktor memaklumkan Aulia terkena jangkitan kuman di paru-paru selepas beberapa jam dilahirkan.
Berita sedih itu dimaklumkan menerusi Instagram TV miliknya.
"Aulia Irdina Binti Azizul Haqim (3.10.19 - 7.10.19)
"Al-Fatihah buat anak syurga mummy dan babah ni yang cantik ni.. Adik sentiasa hidup dalam hati mummy dan babah.
"Aulia Irdina Binti Azizul Haqim nama adik. Adik lahir sihat, cantik, sempurna sebagai seorang srikandi Islam.
"Allah uji ami dan babah bila doktor maklumkan adik ada jangkitan kuman di paru-paru beberapa jam selepas adik lahir.
"Adik hebat dan kuat sangat bertarung nyawa beberapa hari di NICU.. Sampai takdir Allah berkata adik akan hidup di taman syurga-Nya terlebih dahulu..
"Sungguh mummy dan babah rindu tapi mummy dan babah selalu reda dan tak sabar jumpa adik kat syurga nanti.
"Terima kasih sebab adik ajar mummy dan babah erti kuat, sabar, tabah, reda dan erti sebenar syukur.. Sayang dan cinta adik selalu," tulisnya.
Berita sedih ini turut mengundang sebak di kalangan rakan artis yang turut sama mengucapkan takziah menerusi laman IG masing-masing.
Semoga Azizul dan isteri tabah menghadapi ujian ini. Takziah daripada kami.
#Anak #Meninggal Dunia #Azizul Haqim