Hiburan

Adik Hidayah Up Status Sinis Tentang Saman, Ali Puteh Balas - “Pulak Dah, Datang Nak Bayar Tak Nak Pula”

Mya Amri
21/02/2024
04:30 MYT
Susulan status sinis yang dimuat naik oleh adik kepada bekas kakak iparnya, Nor Hidayah iaitu Zainuddin, pelawak Ali Puteh tampil membalas dakwaan itu.
Ali menerusi tangkap layar yang dimuat naik di ruangan Insta Story miliknya memaklumkan dia telah hadir bertemu Hidayah untuk melangsaikan tuntutan saman ditolak.
“Pulak dah, adik Dayah naik story macam tak puas hati, dah sebut saman tak belum bayar pulak. Semalam datang nak bayar tak nak pula,” tulisnya.
Menerusi hantaran yang dibuat oleh adik Hidayah, Zainuddin seolah-olah memerli tindakan Ali yang hadir bertemu mereka secara mengejut.
“Datang roger roger dulu, jangan main terjah dan tunjuk yang awak tu bagus, kalau roger bolehlah layan macam vip, sediakan kopi o panas ke lepak lepak pantai ke kan syok hahahaha.
“Ni datang bawa bodyguard bagai lepas tu acah acah kami tak layan, macam mana nak layan bro datang main langgar dan kami pun layan main langgar lah bro.
“Apa apa pun duit belum bayar lagi, lepas ni hang pi jumpa lowyer ok, kita ada undang undang bukan boleh ambil duit sesuka hati.
“Terima kasih netizen semua yang selalu ada dengab kami dan mendoakan kami. Kami bukan kejam sangat, kalau roger memang kami bagi layanan vvip, karpet merah kuning, makan di kedai Hidayah Hamzah dan pekena cempedak goreng lagi.
“Apa apa pun semoga dipermudahkan segala urusan,” tulisnya.
Terdahulu, Ali berkongsi video hadir bertemu Hidayah bagi melangsaikan tuntutan saman bernilai RM75,000.
Bagaimanapun urusan itu nampaknya belum selesai selepas pihak Hidayah mahu Ali melakukan pembayaran tersebut melalui peguamnya.
Sebelum ini, Ali terpaksa menjual tujuh trofi kemenangannya bagi mendapatkan wang untuk melunaskan hutang bekas kakak iparnya.
Antara trofi yang dijual termasuklah trofi program realiti Maharaja Lawak Mega, Muzikal Lawak Superstar, Projek Komedi Warna dan beberapa lagi.
Selain itu, Ali juga turut menjual motosikal jenis RXZ berwarna merah dan kereta Honda Accord berwarna putih miliknya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Armani Entertainment Saman Michael Ang, Minta Pulangkan Semula RM500,000

gempak
24/07/2024
08:30 MYT
Syarikat pengurusan Armani Entertainment Sdn Bhd memfailkan saman terhadap pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang.
Gaya Hidup

Digugurkan Dari Kempen Kasut Retro, Bella Hadid Upah Peguam Saman Adidas

gempak
22/07/2024
10:25 MYT
Supermodel terkenal berdarah campuran Palestin, Bella Hadid dilaporkan mengupah sepasukan peguam untuk menyaman syarikat pakaian sukan berpangkalan di Jerman, Adidas.
Hiburan

Sisih Sengketa! Hun Haqeem Kekal Hubungan Baik Dengan David Teo - “Kami Hadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama…”

gempak
18/07/2024
08:30 MYT
Pelakon Hun Haqeem tampil berkongsi mengenai perkembangan terkini mengenai proses kes saman langgar kontrak membabitkan dirinya dan Pengarah Urusan MIG, Datuk David Teo.
Berita

Kompaun Trafik DBKL Naik Mulai 1 Julai

gempak
30/06/2024
08:58 MYT
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menaikkan kadar kompaun bagi kesalahan trafik berkuat kuasa 1 Julai ini.
Viral

Wanita Saman Kekasih Sebab Gagal Hantar Ke Lapangan Terbang

gempak
27/06/2024
18:01 MYT
Seorang wanita menyaman kekasihnya selepas mendakwa lelaki tersebut gagal menunaikan janji menghantar dirinya ke lapangan terbang.