Adik Isteri Pertama Dakwa Adi Putra Kaki Penipu?
Menerusi laman Facebook rasmi Astro Gempak di bahagian visitor post, seorang lelaki yang dipercayai sebagai adik kepada isteri pertama Adi Putra, Aida Yusof meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada aktor itu berikutan sidang media yang diadakan oleh Adi baru-baru ini.
Berikut merupakan posting yang ditinggalkan oleh lelaki yang dikenali sebagai Shah itu:
“1 Malaysia ko tipu dgn kenyataan ko kat PC.. then kat Metro.. dari dulu lg macam2 hal ko buat memalu kn family aku. .masa dah kantoi kawen laen ko cakap suma tu jd sbb permintaan ibu ko.. then sbb nk zuriat.. pastu ko pusing.. ingat dah g haji bagai dah berubah.. sama gak kaki penipu..
“Berani buat PC n statement kat metro.. cakap mcm gentlemen tp bapak mertua ko sndri x brani jumpe.. bukan nk masuk campur hal rumah tangga korang.. tp nk tegak kan maruah keluarga aku yg ko aib kn dr dlu.. ape function ko sbgai abg ipar dlm family aku pn aku x tau.. sejak dari mula kawen smpi la skrg.. hope dgn kenyataan ni rakyat malaysia tau sape sebenar nya ADI PUTRA..!!! agak2 ko x puas hati dgn statement sebenar-benar nya ni ko ley F2F dgn aku..!! Assalamualaikum,” tulisnya.
Menerusi pemerhatian Astro Gempak di laman Facebook peribadi milik Shah, jejaka tersebut turut memuatnaik dua status yang menyatakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Adi kepada kakaknya.
Melihat kepada komen-komen yang ditinggalkan di status tersebut, Shah mendakwa Adi sudah berulang kali ‘buat hal’ di kalangan keluarga mereka.
Berikut merupakan status dan komen-komen yang terdapat di laman Facebook Shah: