Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Adik Lelaki Shila Amzah Akhirnya ‘Fly’ Ke China - “Disebabkan Fitnah, Tergendala Kerja”

Asyikin Mayudin
22/10/2023 23:50 MYT
Adik lelaki kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Amir Shafiq memaklumkan dia sudah pun terbang ke China atas urusan kerja pada Sabtu lalu.

Menerusi perkongsian di TikTok, Shafiq memberitahu dia sepatutnya perlu ke China pada Khamis lalu namun terpaksa menangguhkan penerbangan disebabkan fitnah yang melanda diri dan keluarganya.

“Alhamdulillah. Allah masih pinjamkan usia. Syukur. Hari ni (Sabtu) ke China. Terpaksa delay flight. Patut 19 hari bulan. Disebabkan fitnah daripada pihak-pihak yang tidak bertangungjawab, menyebabkan tergendala kerja.

“Alhamdulilah. Hari ni Allah bagi jalan untuk terus bekerja. Segala dugaan yang berlaku pasti ada hikmahnya,” kongsi Shafiq.

Pada perkongsian yang sama, Shafiq juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyebarkan fitnah terhadap dia, ibunya Fauziah Sarman, adik perempuannya Syada Amzah dan kekasih, Eiza.

Malah, Shafiq juga sempat berpesan kepada semua orang agar memohon maaf kepada ibu masing-masing sebelum terlambat.

“Terima kasih pada semua yang telah fitnah kami (saya, mak, Syada dan Eiza). Saya memaafkan anda semua. Semoga Allah buka pintu hati kalian untuk lebih menilai diri sendiri sebelum menilai org lain.

“Dan juga, silalah cari ibu/mak/bonda/umi anda semua dan minta maaf minta ampun pada mereka, sebelum terlambat,” pesannya lagi.

Bagaimanapun Shafiq masih mengambil pendekatan untuk menutup ruang komen di perkongsiannya di TikTok semenjak dikecam gara-gara kontroversi dengan kakaknya, Shila.

BACA SINI: “Sha Dengar, Dia Bawa 10 Ekor Kucingnya” - Shila Amzah Terkejut Makin Bertambah Haiwan Belaan...


#Shila Amzah #Syada Amzah #Fauziah Sarman #Adik Shila #Amir Shafiq #Eiza #Kekasih Shafiq