Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Adik Nabila Mula Komen & Mengikuti Di IG, Sharnaaz Ahmad Hargai Warganet Doakan Kebahagiaan Rumah Tangga

Zulaikha Yusof 27/05/2020 | 10:31 MYT
Aktor Sharnaaz Ahmad menghargai setiap doa yang ditinggalkan di ruangan komen Instagram (IG) selepas memuat naik foto raya bersama isterinya, Noor Nabila dan anak lelaki mereka, Jebat Jayden Ahmad.
BACA: “Isu Mommy & Baba Tolak Ketepi…”- Sharnaaz Tetap Sambut Raya Dengan Anak & Noor Nabila
Kata Sharnaaz, semoga setiap kata-kata baik yang ditulis akan dibalas balik satu hari nanti.
"Buat setiap insan yang mendoakan kebahagian aku, anda pasti akan dapat reply ini di telefon bimbit anda, ya anda setiap orang yang like dan mendoakan.
"Semoga Allah lipat gandakan rezeki, kebahagian anda, kesenangan, dipermudahkan urusan seharian dan amalan anda semua diterima Allah.
"Setiap dari anda, telah mendoakan saya, kini saya mendoakan supaya anda semua diberkati Allah. Amin," tulisnya.
Menerusi pemerhatian Gempak, adik kepada Nabila dan Neelofa iaitu Athisha Khan turut meninggalkan ucapan sempena Hari Raya Aidilfitri.
"Selamat hari raya abang!" tulis Athisha.
Malah, Ameera Khan yang juga merupakan selebriti media sosial juga sudah mengikuti (following) Sharnaaz di IG.
Ketika ini, kes penceraian Sharnaaz dan Nabila masih berjalan.
Terdahulu, Sharnaaz mendedahkan dia memilih untuk berbaik dengan Nabila untuk 'co-parenting' bagi kebaikan anak mereka, Jebat Jayden.
BACA: Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila Sepakat Besarkan Jebat Jayden Bersama - "Mungkin Sebagai Suami Isteri Kami Tak Berjaya, Tapi…"
BACA: "Bila Kahwin Saya Bukan Nak Bercerai" - Didakwa Sengaja Lengahkan Proses Penceraian, Ini Jawapan Sharnaaz Ahmad
Pasangan ini bernikah pada 31 Mac 2017 di Hotel Royale Chulan, Damansara, Selangor.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden.
#Sharnaaz Ahmad #Ameera #Noor Nabila #Jebat Jayden #Athisha Khan
;