Istari pelakon Hafizul Kamal, Mieja Ibrahim berkongsi ragam anak sulung, Raisya Amanda sewaktu bersama adiknya, Sara Erina.

Mieja berkongsi momen comel tersebut menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya.

Menurut Mieja, dia sendiri tidak menyangka Raisya menunjukkan sifat seorang kakak walaupun masih kecil.

“Saya tak ada idea macam mana Raisya boleh build the love towards her baby sister sampai macam ni sekali.

“Adik menangis dalam bilik, dia orang pertama yang akan berlari masuk bilik lepas tu keluar balik beritahu ‘mummy, daddy, adik kwai (cry)’.

“Kalau letak adik dalam swinger, setiap seminit datang kiss pipi adik. Tapi masa adik dalam perut, hari-hari dia mintak kiss baby, jadi saya rasa dari situ lah dia tahu yang dia akan ada adik one fine day,” tulisnya.

I have no idea on how Raisya boleh build the love towards her baby sister sampai macam ni sekali. Adik nangis dalam bilik, dia orang pertama yang akan berlari masuk bilik lepastu keluar balik bagitahu “Mummy, daddy, adik kwai (cry)”. Kalau letak adik dalam swinger, setiap seminit datang kiss pipi adik ? Tapi masa adik dalam perut, hari-hari dia mintak kiss baby so i guess dari situ la dia tahu yang dia akan ada adik one fine day. . ? Kubbie Sleep from @joie_malaysia

A post shared by NURUL FARIZA BINTI IBRAHIM (@mieja_ibrahim) on


Terdahulu, Mieja atau nama sebenarnya Nurul Fariza Ibrahim mendirikan rumah tangga dengan pelakon filem PASKAL The Movie ini pada 13 Februari 2016.

Pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang anak, Raisya Amanda pada 25 Oktober 2017.

Manakala Sara Erina dilahirkan pada 10 Disember 2019.