BERITA

Adik Pemain Bola Sepak Hadin Azman Dilaporkan Hilang, Mohon Bantuan Orang Ramai

Mya Amri 08/03/2025 | 00:25 MYT
Adik perempuan kepada pemain bola sepak Negeri Sembilan FC, Hadin Azman dilaporkan hilang sejak 26 Februari lalu.

Hilang sejak 26 Februari lalu

Berita itu dimaklumkan sendiri oleh Hadin menerusi perkongsian hantaran di akaun Instagram miliknya.

Berdasarkan hebahan tersebut, adik Hadin iaitu Nur Khalisya kali terakhir dilihat di depan Sekolah Menengah Convent, Jalan Peel, Kuala Lumpur.

Remaja berusia 16 tahun itu dilaporkan memakai kemeja T rumah sukan berwarna biru, seluar trek hitam dan tudung sekolah berwarna putih.
Bekas penyerang Harimau Malaya itu juga memaklumkan masih belum menerima perkhabaran tentang adik perempuannya itu.
Orang ramai yang menemui remaja berkenaan boleh menghubungi 014-628 1974 atau membawanya ke balai polis berhampiran.
#sekolah #Bola Sepak #Bantuan #Hilang #Negeri Sembilan FC #Adik Hilang #Hadin Azman #Jalan Peel