Adik Pian Cecupak Kongsi Abang Meninggal Dalam Keadaan Menghadap Kiblat- “Tangan Berqiam, Dia Sangat Bersih”
Azwa Rahman
27/01/2022 22:00 MYT
27/01/2022 22:00 MYT
Adik kepada Allahyarham Pian Cecupak, Hassenah menceritakan detik terakhir abangnya di hujung hayat berada dalam keadaan yang sangat bersih.
Memetik sebuah video yang dikongsi oleh HLive di dalam Instagram milik mereka, Hassenah memaklumkan Pian meninggal di dalam keadaan terduduk menghadap kiblat.
“Keadaan dia (Allahyarham) cantik, dia duduk (terbaring), tangan dia dah siap macam ni (berqiam), kaki dia dah julur jandi benda tu orang kata takde lah terkilan. Bukan dia tergantung ke, terjatuh ke, takde. Bersih, dia pergi dalam keadaan yang bersih, memang bersih sangat.
“Kulit dia pun lembut, takde la terkilan macam mata, mulut terbuka, takde. Alhamdulillah, semua cantik,” ujar Hassenah yang ditemubual sejurus selepas majlis penggebumian.
Tambah Hassenah lagi, dia tidak akan sesekali melupakan tarikh pemergian abangnya kerana ia sama dengan tarikh lahirnya.
“Dia adalah abang, jadi kenangan tu memang banyak. Biasalah kadang dia angin, dia moody. Kasar dia tu sekejap je. Lepas dah berbaik, memang berbaik. Dia jenis yang bukan simpan lama-lama. Tapi dia memang the best la,” jelasnya.
Tambah abang kepada Pian, Muhammad Daud, mereka sekeluarga sempat berkumpul sambil mengadakan majlis kesyukuran lebih kurang 9 hari sebelum pemergian Allahyarham.
Dalam kejadian malam tadi, Allahyarham Pian Cecupak atau nama sebenarnya Mohd Rafik Abdul Rahman, 52, menghembuskan nafas terakhir di kediaman ibunya di Flat Sentul Murni.
Adiknya Hassenah berkata, abangnya ditemui oleh ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam bilik air sekitar jam 8 malam.