“Adik Post Ini Di Instagram dan Caption Dia…” – Afdlin Shauki

Fiza Kamarudin
Jun 13, 2019 06:59 MYT
Pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki Aksan pagi tadi telah memuat naik posting menyentuh hati selepas kehilangan adiknya, Jefri Adzman Aksan.
Menerusi posting tersebut Afdlin sempat memberitahu tempat pengkebumian Allahyarham disamping memuat naik semula salah satu posting Jefri bersama arwah ibu mereka.
“Adik post gambar ni di IG beliau and caption dia ‘My first and forever love..We’ll meet again mak..’
“Semoga roh bonda dan Jef dicucuri rahmat dan diletakkan bersama roh-roh orang yang beriman.
Sesungguhnya abang sangat cemburu dengan pemergianmu berjumpa arwah ‘Mummy’ secepat ini.
“Jefri adik dan anak yang sangat baik, abang berdoa agar jannahlah tempat mu bersama bonda tercinta. Allahumaghfirlahu warhamhu wa ‘afihi wa’fu anhu...,” tulisnya.
Jenazah Allahyarham Jefri disolatkan di Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur dan dibawa ke Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Fasa 2, Batu Caves, Selangor.
Jefri pulang ke rahmatullah pada jam 5.14 petang Rabu di Hospital Thomson, Kota Damansara.
Berita sedih tersebut dikongsi Afdlin menerusi posting di IGnya.
#Kemalangan #Meninggal Dunia #Afdlin Shauki