Hiburan

Adik Tarik Diri Jadi Penjamin, Kes Khalwat Aliff Aziz & Ruhainies Tangguh Februari Depan

gempak
Khairil Khusyairi
17/10/2024
03:28 MYT
Sponsor Banner
Adik Tarik Diri Jadi Penjamin, Kes Khalwat Aliff Aziz & Ruhainies Tangguh Februari Depan
Kes khalwat melibatkan aktor kontroversi Aliff Aziz dan pelakon sensasi Ruhainies ditangguhkan selepas mahkamah menetapkan perbicaraan pada 20 dan 27 Februari depan.
Perkara tersebut dibenarkan Hakim Syarie, Abu Suffian Abu Yaziz di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.
Menurut Hakim, kedua-dua tertuduh iaitu Aliff dan Ruhainies dilanjutkan tempoh jaminan sehingga tarikh perbicaraan yang seterusnya.
Mengikut prosiding, mahkamah turut membenarkan Aliff untuk menggantikan penjamin baharu.
Ini kerana penjamin sebelumnya iaitu Muhammad Nur Aiman Zainul Ilyas menarik diri dan ditukarkan kepada Furqan Abdul Rahim.
Kedua-dua mereka diwakili peguam Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani.
Awal Julai lalu, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah di hadapan hakim atas pertuduhan khalwat yang berlaku di kondominium di ibu negara pada 8 Mac lalu.
Terdahulu pada 20 Jun, Aliff dan Ruhainies dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang.
Kehadiran mereka berdua dipercayai atas tujuan lanjutan bon jamin berkenaan kes tersebut.
Pada 9 Mac lalu, nama Ruhanies hangat menjadi bualan hangat selepas dia dan Aliff ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.
Susulan kes terbabit, Aliff dan bekas isterinya, Bella yang mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, bercerai talak satu pada 13 Jun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024