Laman Utama

Adik Zayn Rayyan Ditemui Lengkap Berpakaian Sama Seperti Gambar Yang Ditularkan – “Sayu Hati Saya Apabila…”

Gempak
06/12/2023
22:30 MYT
"Saya tergerak hati untuk mencari di kawasan hujung anak sungai... apabila saya suluh lampu, nampak sekujur tubuh terbaring dalam keadaan mengiring," kata Faizol Najib Abdul Naim, 45.
Faizol Najib adalah individu yang menemui kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang hilang sejak semalam.
Menurutnya, dia tidak menyangka akan menemui kanak-kanak istimewa itu dalam keadaan tidak lagi bernyawa dan hanya mengikut gerak hati untuk mencari di kawasan anak sungai dekat Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini, walaupun kawasan itu sudah digeledah Unit Anjing Pengesan (K9), semalam.
Katanya, dia sebelum itu sepatutnya bersama empat lagi penduduk setempat untuk melakukan pencarian rumah ke rumah bersama pasukan polis.
"Keadaan kawasan sekitar amat gelap, ketika saya suluh di sungai saya melihat sekujur tubuh dalam keadaan mengiring dan bersama empat lagi penduduk, kami memeriksa keadaannya.
"Sayu hati saya apabila disahkan kanak-kanak yang ditemui itu adalah Zayn Rayyan, saya lihat dia lengkap berpakaian dengan lencana sekolah seperti ditularkan.
"Saya terus menghubungi rakan-rakan lain dan memaklumkan kepada polis yang sedang melakukan pencarian rumah ke rumah," katanya.
Ketika ditemui Faizol Najib berkata, dia bersama penduduk setempat menyertai solat hajat yang dianjurkan persatuan penduduk semalam.
"Mungkin Allah makbulkan doa semua jemaah, dan menggerakkan hati saya untuk mencari di kawasan terbabit," katanya.
Terdahulu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di kawasan sungai berhampiran kediamannya di Apartmen Idaman.
HARIAN METRO
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Sebutan Semula Kes Ibu Bapa Zayn Rayyan Pada 18 September

gempak
26/07/2024
03:12 MYT
Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menetapkan 18 September ini sebagai tarikh baharu sebutan semula kes terhadap ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin yang didakwa mengabaikan kana-kanak austisme iru, Disember lalu.
Berita

Larikan Dua Kanak-Kanak, Penjual Goreng Pisang Dihadapkan Ke Mahkamah

gempak
25/07/2024
05:25 MYT
Seorang penjual pisang goreng yang melarikan dua kanak-kanak perempuan dengan menaiki Perodua Bezza di Kuala Selangor, tiba bagi proses pendakwaan di Mahkamah Majistret Sungai Besar, pagi ini.
Sukan

Selepas Hampir Sebulan, Jasad Pemain Badminton China Masih Disimpan Di Hospital Yogyakarta

gempak
25/07/2024
01:30 MYT
Jasad pemain badminton China, Zhang Zhi Jie, yang meninggal dunia di geloanggang sewaktu dalam perlawanan Kejohanan Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, pada 30 Jun lalu, sehingga kini masih belum dituntut oleh pihak keluarganya.
Berita

Abang Bintang Bola Sepak Safawi Rasid Meninggal Dunia

gempak
24/07/2024
15:05 MYT
Bintang bola sepak Terengganu FC (TFC), Safawi Rasid menerima berita menyedihkan apabila abangnya, Ahmad Muslim Rasid meninggal dunia.
Hiburan

Nonny Nadirah Nafi Diri Memberontak - “Ada Nampak Saya Murung Ke Selama Ni? Lantaklah Apa Nak Cakap, Malas Ambil Peduli”

gempak
24/07/2024
13:25 MYT
Penyanyi dan pelakon, Nonny Nadirah menegaskan dirinya tidak memberontak seperti yang diperkatakan warganet sebelum ini.