Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Adik-Adik Pedajai” - Abang Duduk Jauh, Pakat Sakat Hantar Foto Makanan Sedap, Comel Anak-Anak Ozlynn

Mya Amri
29/09/2021 09:45 MYT
Walaupun anak sulung pelakon, Ozlynn, Ariq telah berada di luar negara bagi menyambung pengajian namun tidak bermakna dia terlepas daripada usikan adik-adiknya.

Lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hal makanan, sudah pasti Ariq cukup merindui air tangan ibunya.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram, Ozlynn berkongsi gelagat anak-anaknya setiap kali menghubungi Ariq.

Menurut Ozlynn, adik-adik pasti akan mengusik Ariq dengan menghantar foto-foto makanan yang sedap.

“Mama text cakap rindu dia terus hantar gambar ni. Haih tak habis tanya menu lepas tu cara nak masak. Kalau nasi dia memang hebat masak.

“Sekarang ni adik-adik dia dok pedajai dia makan apa kat sini semua dok hantar gambar kat abang. Lepas itu video call.

“Sampai abang dia cakap hmmm malas nak jawab phone call korang dah. Haih nanti abang Sodiq pula.

“Macam sekejap je masa berlalu kan, aku pun dah hampir sebulan pantang. Harap dapat melawat abang Ariq nanti,” coretnya.

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

BACA: Bakal Doktor, Anak Sulung Johan & Ozlynn Sambung Belajar Di Ireland - “Doa Papa Mama Takkan Berhenti Selagi Bernyawa”

Sekadar info, Ozlynn dan Johan merupakan antara selebriti yang disukai ramai dengan kehidupan serba sederhana selain pandai mendidik anak dari segi dunia dan akhirat.

#makan #Ozlynn #Jozlynn #Anak Johan Ozlynn #Ariq
;