Adira Hamil Lima Bulan, Datuk Red Bakal Dapat Anak Kelapan
Rozaimi Zubaidi
17/05/2018 05:18 MYT
17/05/2018 05:18 MYT
Penyanyi Adira Suhaimi kini sedang hamil lima bulan selepas lebih setahun melahirkan anak pertamanya, Anggrek.
Perkara itu disahkan oleh suaminya, Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, 40, berkata, Adira dijangka akan melahirkan bayi tersebut pada September depan.
"Alhamdulillah, rezeki Allah... Adira hamil lima bulan anak kedua kami. Kalau ikutkan anak ke lapan sayalah.
"Kira tahun ini saya dapat dua cahaya mata daripada isteri pertama dan kedua.
"Saya suka anak ramai sekarang hendak masuk lapan orang, lagi 12 oranglah kalau diberi rezeki," katanya.
Adira berkahwin dengan ahli perniagaan itu sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.
Pasangan ini menimang cahaya mata pertama diberi nama Anggerik pada 10 Mac 2017.
Adnan bersama isteri pertamanya iaitu Sharifah Norshafila Hassim atau dikenali Datin Red mempunyai empat orang cahaya mata.
Sebelum perkahwinan itu, beliau pernah berkahwin dengan seorang wanita ketika berusia 20-an dan berpisah lima tahun kemudian.
Hasil perkahwinan itu dia dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia 19 dan 14 tahun.
Sumber: mStar Online