Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Adira Jawab Dakwaan Bersekedudukan Dengan Datuk Red Gara-Gara Sering Live Bersama – “Status Saya Masih Lagi Ibu Tunggal”

Khairil Khusyairi
16/10/2024 02:45 MYT
Penyanyi Adira Suhaimi tampil menjelaskan dakwaan dia dan bekas suami iaitu Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red tinggal serumah biarpun dudah berpisah.

Jawab Dakwaan Bersekedudukan

Jelas Adira atau nama lengkapnya Siti Adira Suhaimi, 32, dia menafikan dakwaan tersebut sekaligus menegaskan dia masih memegang status ibu tunggal.

Malah, Adira turut menjelaskan dia bersiaran langsung (live) bersama Datuk Red sambil ditemani keluarganya.

“Status saya masih lagi ibu tunggal. Saya tinggal bersama keluarga, dengan dua abang, seorang kakak dan dua orang kakak ipar.

“Tidak, sebenarnya saya tidak duduk serumah. Alhamdulillah, kalau lihat, kami selalu live bersama ramai-ramai. Jadi kadang-kadang Datuk Red datang untuk tengok anak-anak, jadi live lah tapi ramai-ramai.

“Di rumah itu ada lebih kurang 14 ke 16 orang, jadi memang sangat ramai. Jangan risau, selamat sebab kita faham bagaimana netizen lihat, takkanlah,” jelas Adira.

Adira ditemui pada sidang media konsert A Night With Sumandak Stars Ceritera Hatiku di ibu kota, pada Selasa.

Tambah pelantun lagu Ruhi Kasih itu lagi, dia menyarankan netizen untuk sertai live yang dibuatnya dari awal agar tidak membuat sebarang spekulasi.

“Kadang-kadang saya bantu dia menerusi jualan di stor, jadi orang ingat itu di rumah padahal di stor yang menyimpan barang perniagaan.

“Biasalah netizen akan bercakap, jadi kalian kena tengok live itu dari awal sampai hujung, baru boleh cakap,” ujarnya.

Jarang Live Bersama

Malah, Adira turut mengakui jarang live bersama bekas suaminya itu namun beranggapan video yang tular adalah rakaman live yang popular semula di TikTok (FYP).

“Saya rasa jaranglah live bersama, mungkin itu live yang lama yang FYP semula. Sebab saya sangat sibuk, kalau ada masa dan dia datang kita live sekejap. Padahal tak selalu pun.

“Kalau boleh saya nak elakkan live bersama sebab nak elak cakap-cakap netizen. Saya cuba tapi sangat jarang untuk live bersama.

“Tapi ketika menjual betul-betul, adalah dari awal sampai hujung tetapi kami ramai-ramai,” tutupnya.

Terdahulu, Adira dan Datuk Red sah bercerai pada 24 April lalu.

Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dengan empat orang cahaya mata iaitu, Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob, 1.

Konsert A Night With Sumandak Stars Ceritera Hatiku menggabungkan barisan penyanyi popular Malaysia yang berasal dari ‘Negeri di Bawah Bayu’ iaitu Bella Astillah, Marsha Milan, Stacy Anam, Adira Suhaimi, Nikki Palikat, Wani Kayrie dan Didi Astillah.

#Adira #Netizen #Live #Datuk Red #Fitnah #Bekas #Dakwaan #Bersama #Serumah #Bersekedudukan
;