Adlin Aman Ramlie Sahkan Kesihatan AR Badul Semakin Pulih

Syafiqah Jalal
Februari 19, 2019 23:58 MYT
Pelakon Adlin Aman Ramlie mengesahkan kesihatan abangnya AR Badul sudah kembali pulih selepas terkena serang jantung beberapa hari lalu.
Adlin bersyukur dengan perkembangan itu selepas melawat Badul di Institut Jantung Negara (IJN) semalam.
“Alhamdulillah. Panglima Badul dah semakin beransur pulih.
“Doakan untuk kesihatan dia ya,” tulisnya menerusi Instagram miliknya
Menerusi entri yang sama dia memuat naik doto bersama Badul ketika melawat pelakon veteren tersebut.
Rata/rata pengikutnya turut mendoakan agar Badul segera sembuh.
Terdahulu, Badul dimasukkan ke IJN jam 4 petang kemarin akibat masalah salur darah di jantung tersumbat.
#Sakit #Adlin Aman Ramlie #Sakit #AR Badul #Serangan Jantung