Adoi Muka Berjerawat Sebab Pakai Mask, Ini 5 Penyelesaian Mudah!

Amri Hassan
Julai 28, 2020 07:20 MYT
Orang ramai kini kebanyakannya mematuhi saranan kerajaan untuk memakai pelitup muka (mask) apabila berada di tempat awam.
Namun, seperkara yang kurang selesa apabila ramai yang merungut wajah ditumbuhi jerawat ekoran memakai pelitup muka dalam tempoh masa yang lama. Keadaan ini dipanggil maskne (mask + acne).
Menurut Dr. Irma Shida, maskne terjadi pada bahagian pipi, hidung dan dagu (iaitu kawasan tertutup apabila memakai pelitup muka).

Before that, if you haven’t read my previous thread about ‘maskne’, boleh baca dulu so that you will understand it better ?? https://t.co/owovT9ATIM

— Dr. Irma Shida (@drirmashida) July 25, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ia berpunca daripada kombinasi lembap, karbon dioksida dan udara suam daripada nafas kita yang menyebabkan bakteria berkumpul terutama yang punyai kulit sensitif.
Jadi, apa kata anda ikuti langkah-langkah penjagaan wajah bagi mengelakkan atau mengurangkan jerawat pada muka.
1. Tukar pelitup muka setiap 3-4 jam
Kalau keluar rumah dalam tempoh masa yang lama pastikan untuk selalu menukar pelitup muka dengan yang baru.
Jangan pakai pelitup muka sama dari pagi sampai malam.
2. Cuci pelitup muka
Kalau pakai pelitup muka jenis kain, pastikan anda mencuci ia setiap hari. Jangan tak basuh sampai seminggu!
3. Kurangkan make up
Kalau anda jenis yang memakai make up setiap hari, mungkin anda patut kurangkan ia apabila memakai pelitup muka terutama foundation.
Bila make up tebal tambah pelitup muka pula, pori-pori akan tersumbat dan terjadilah jerawat.
4. Guna produk penjagaan kulit antibakteria
Oleh kerana maskne terjadi kerana perkumpulan bakteria, anda perlu mencari produk penjagaan kulit yang ada bahan antibakteria.
Misalnya madu dan frankincense.
5. Cari produk yang melembutkan kulit
Apabila kulit tengah 'imflamed' dengan jerawat, anda perlu menggunakan produk yang mengandungi bahan yang boleh menenangkan kulit.
Antaranya centella, seaweed dan calendula.
Anda juga boleh mencari bahan yang melembutkan kulit menerusi carian di Internet.
#Tips #Mask #Jerawat Muka