,
Laman Utama

Aduh, Deepnya Sindiran Mak Cristiano Ronaldo Buat Georgina Yang Teringin Dilamar Jadi Isteri

Maliah Surip
28/09/2021
14:45 MYT
Percintaan di antara pesohor dunia sukan, Cristiano Ronaldo dengan kekasihnya, Georgina Rodriguez sudah melewati usia lima tahun.
Sepanjan bersama, pasangan ini memiliki tiga orang anak; dengan wanita berusia 27 tahun itu sudah memiliki tiga cahaya mata sebelumnya.
Bakal muncul dalam program Soy Georgina yang memaparkan kisah seharian termasuk aktivitinya bersosial, bekerja dan di rumah, Georgina dalam salah satu klip yang disiarkan sebelum ini dilihat bertemu dengan rakan rakannya.
Dalam pertemuan tersebut, dia ditanya bila akan berkahwin dengan pemain bola dari kelab Manchester United itu.
"Ia tak bergantung kepada saya, saya berdoa," katanya.
Dia kemudian menyambung dengan menyebut perkataan Ojala yang merupakan terma dalam bahasa Sepanyol yang berbunyi 'mari berharap', lapor The Sun.
Ronaldo juga dikatakan terlibat secara tak langsung dalam dokumentari yang menyentuh tentang perjalanan kekasihnya itu.
Malah, atlet berusia 36 tahun tersebut dikatakan mengaku tidak sangka jatuh cinta dengan sekelip mata saat bertemu Georgina di Madrid dulu.
Georgina juga sangat teruja apabila berkongsi khabar dokumentarinya akan disiarkan di Netflix dengan mengemas kini akaun Instagramnya pada Ahad.
"Akhirnya saya dapat berkongsi preview eksklusif dari SOY GEORGINA, segera di Netflix," tulisnya kepada lebih 27 juta pengikut Instagramnya.
Menerusi sedutan video yang dikongsikan, Georgina turut membocorkan dialognya yang dituturkan dalam bahasa Sepanyol.
"Saya 27 tahun dan lima tahun lalu, hidup saya berubah," katanya.
Sementara itu, laporan sama mengutip wawancara ibu bintang bola sepak terkaya tersebut, Dolores Aveiro, 66.
Menerusi satu temubual Dolores bersama Sporting Lisbon minggu lalu, wanita itu ditanya mengenai hubungannya dengan kekasih Ronaldo yang didakwa tidak akrab.
Dolores kemudian dengan selamba mengatakan Georgina sebagai seorang 'gadis yang baik' dan 'penyokong terhebat' Ronaldo.
"Ya, ya dia 'gadis yang baik'," katanya.
Ibu pemain bola sepak yang menerima gaji harian lebih RM500,000 itu kemudian mengatakan sebagai bapa kepada empat orang anak, Ronaldo menjadi contoh yang baik dalam membentuk keluarga.
Namun, urusan hariannya terutama dalam urusan anak banyak dibantu oleh pengasuh.
"Dia memang dilihat seperti bapa contoh. Tapi dia mempunyai banyak orang di sekeliling yang menolongnya.
"Anak anaknya mempunyai pengasuh dan kebanyakan urusan harian diselesaikan oleh pembantu.
"Mempunyai empat orang anak memerlukan kerja yang banyak. Georgina seorang 'penyokong yang hebat'. No doubt about it," katanya.
Ronaldo pertama kali bertemu Georgina sewaktu dia sedang bekerja sebagai pembantu jualan di butik Gucci di Madrid, lima tahun lalu dan terus jatuh cinta.
Kredit Foto: The Sun Instagram: @georginagio
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
the-chosen-one-musim-2

“Selepas Nama Disebut Jadi Juara, Saya Sebak Lihat Reaksi…” - Kiki Fateha Luah Rasa Terharu, Ingat Pesan Ibu

gempak
09/11/2024
11:55 MYT
Juara The Chosen One 2024, Kiki Fateha meluahkan rasa gembira kerana mampu membuatkan ibunya tersenyum bangga atas kemenangan yang dimilikinya.
Berita

Ibu Hantar Anak Degil, Suka Melawan Ke Balai Polis

gempak
08/11/2024
18:55 MYT
Media tempatan melaporkan, Satrio Tomayahu,19, dihantar oleh ibunya Nunlawati Beu,42, ke balai polis Dungingi, Kabubaten Gorontola bagi memberi pengajaran kepada anaknya itu baru-baru ini.
gegar-vaganza-11

GV11: Ronnie Hussein Sebak Impian Arwah Ibu Tak Kesampaian Tengok Beraksi Di Pentas GV – “Dia Percaya Yang Saya Boleh Buat & Banggakan Dia”

gempak
08/11/2024
01:50 MYT
Penyanyi Ronnie Hussein menyifatkan penyertaannya dalam program Gegar Vaganza (GV) musim ke-11 adalah masa terbaik untuknya membuktikan kemampuannya beraksi di pentas nyanyian.
Hiburan

Mahu Beri Momen Terindah, Ning Baizura Sertai GV 11 Kerana Ibu - “Bukan Untuk Menagih Simpati, Tapi…”

gempak
06/11/2024
11:55 MYT
Menurut pelantun lagu Awan Yang Terpilu itu, antara sebab dia mahu menyertai program realiti popular itu adalah kerana mahu menghadiahkan momen indah buat ibunya, Satilah Abdullah yang kini menghidap dimensia.
Viral

Ibu Duduk Dengan Kepala Anak Dipenggal Kerana Pertikaian Nak Sambut Diwali

gempak
02/11/2024
02:49 MYT
Seorang warga emas di India sanggup duduk dan memangku kepala anaknya yang telah dipenggal kerana terlibat dalam pertikaian tanah pusaka.
Unitar