Aduh Pedih, Netizen Minta Rita Rudaini Berhenti Meroyan; “Dasar Attention Seeker, Padan Muka Kena Tinggal Laki
Izwan Isa
13/10/2021 02:50 MYT
13/10/2021 02:50 MYT
Nampaknya, rentetan ‘drama’ Rita Rudaini yang ‘meroyan’ di media sosial dan memomok rakyat Malaysia yang telah mengambil vaksin seperti tidak berkesudahan.
Semalam, pelakon berusia 45 tahun itu sekali lagi mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen apabila memuat naik Instagram Story berbaur sindiran terhadap kelonggaran yang diberikan kerajaan untuk makan di restoran, pergi ke pusat beli-belah dan rentas negeri.
“Setakat bagi dine-in, rentas, masuk mall… lagi apa lagi? Itu je ‘NIKMAT’ yang boleh bagi? Alahai, tak hadap pun. Semua tu bukan keperluan. Tapi kalau bagi SYURGA… haa memang sistur mengelupur merentan kat rumah nangis tepi flush jamban. Itu barulah nikmat. Wahai YB/Menteri dah-dah lah tu, tak semua rakyat boleh diperbodohkan,” tulisnya.
Menerusi satu lagi hantaran yang telah dipadam, Rita berkata: “Bagi aku, tak penting balik kampung ke, holiday ke, rentas negeri ke, rentas negara ke, dine-in ke, die hard ke, aku tak BATAK.
“Yang penting bagi aku sekarang kesihatan, itu keperluan asas aku sekarang. Korang yang dapat rentas dan dine-in pun masih nak dengki busuk dengan aku? Korang memang lawak. Thorbaek, hebat level langit ke-7 sistur bagi,” katanya.
Sementara itu, menerusi sebuah forum hiburan, rata-rata netizen mengkritik kesombongan Rita di media sosial. Menerusi sebuah balasan, seorang netizen menasihati Rita supaya bersedia untuk menyediakan wang ringgit sendiri jika terjangkit COVID-19.
“Siap sedialah duit dalam bank tu. Kot terkena COVID-19, bayar sendiri tau. Jangan mengemis dengan netizen pula minta derma nak bayar hospital. Hospital pula pergi duduk mana-mana private hospital. Tak payah menyusahkan kakitangan hospital kerajaan,” tulisnya.
Dalam pada itu, ada yang mempersoalkan kenapa Rita masih berkongsi gambar lama percutiannya jika dia tidak hadap untuk melancong atau merentas negeri.
“Tak teringin nak rentas merentas, holiday, dine-in, kenapa kapsyen tak seiring dengan gambar? Masih memuat naik gambar-gambar lama kenapa? Dia ingat orang nak kesian dekat dia? Lambat lagilah orang nak kesian.
“Dia nak jadi antivaksin dah kenapa? Apa yang dia takut sangat nak cucuk vaksin yang tak sampai 3 milimeter tu? Suntik macam-macam pada badan tak takut pula?” tulisnya.
Ada juga yang mencadangkan supaya tidak terus melayan karenah Rita yang dianggap suka meraih perhatian.
“Perempuan kurang kasih sayang. Tak payah layan. Biar dia bercakap dekat Instagram seorang diri. Lagi bagi perhatian, lagi dia suka. Dasar attention seeker. Padan muka kena tinggal laki,” tulis netizen.
Terdahulu Rita melahirkan rasa kecewa kerana namanya telah digugurkan daripada dua produksi penggambaran drama kerana tidak mengambil vaksin.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!