"Aduh, Viral Pulak..." - Remy Ishak Menari Lagu Blackpink?

Zulaikha Yusof
Julai 20, 2020 02:42 MYT
Baru-baru ini, sebuah video sekumpulan lelaki menari lagu terbaru Blackpink iaitu How You Like That tular di laman Twitter.
Namun, apa yang menarik perhatian adalah wajah salah seorang anggota yang dikatakan mirip aktor kacak Remy Ishak.
"Pandai betul Remy Ishak menari lagu Blackpink," tulis seorang pengguna di Twitter.
Tweet itu telah menarik perhatian pelakon drama Pujaan Hati Kanda untuk memberi respon.
"Aduh..Viral pulak video lama saya," balasnya.

Aduh.. viral pulak video lama ai ? https://t.co/nbVVgKxZHB

— Remy Ishak (@remy_ishak) July 19, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menjengah di ruangan komen, selain Remy nama pelakon dan usahawan Aeril Zafrel turut sama dikaitkan.
"@misssaraaaaaaee: Awat aku nampak lebih macam Aeril Zafrel masa muda mudi dulu.
"@hazwanjhomie: Ini Ariel ni . Suke buat hal laa Wawa punya suami ni.
"@frgttengrl: Hahahahah combo Aeril dengan Remy!" antara komen-komen yang ditinggalkan.
Tweet tersebut telah mendapat hampir 18,000 kicauan (retweet) dan 20,000 likes (tanda suka).
#Remy Ishak #Menari #Blackpink