Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
LAMAN UTAMA

Aedy Ashraf Buat Laporan Polis, Ada Individu Menyamar Dirinya Untuk Perdaya Wanita

Mya Amri 25/06/2022 | 08:21 MYT
Pelakon, Aedy Ashraf mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Cyberjaya terhadap seorang individu yang menyamar sebagai dirinya untuk memperdaya wanita.
Aedy memaklumkan perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya hari ini.
Menurut Aedy, individu berkenaan menggunakan email samaran iaitu aedyasrafx@gmail.com sebagai modus operandi untuk menipu.
“Sebuah laporan polis telah difailkan berkaitan email yang kononnya dihantar daripada saya,” tulisnya.
Tambah Aedy lagi, laporan tersebut dibuat kerana bimbang maklumat diri disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Selain itu, Aedy juga mahu membersihkan namanya sebelum timbul salah faham yang lebih teruk.
“Saya ingin menjelaskan di sini bahawa itu bukanlah alamat emel saya dan mengingatkan perkara ini supaya semua orang berhati-hati,” jelasnya.
#Aedy Ashraf #Laporan Polis